Misi Bantuan Kecemasan : Hidupkan Rohingya (Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere)

Oleh Nur Liyana : 28 December 2018
Sumbang Sekarang Secara Online »

Misi Bantuan Kecemasan : Hidupkan Rohingya (Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere)

Hari ini, pelarian Rohingya tidak malu lagi untuk meneguk air minuman yang kotor. Ini bukan kehendak mereka tapi disebabkan desakan hidup untuk meneruskan kehidupan seperti biasa mereka terpaksa minum walaupun airnya kotor dan busuk.

Jumlah tempat air bertakung yang semakin meningkat, parit dan lubang tersumbat dengan pelbagai sisa kekotoran adalah satu situasi biasa di kawasan mereka. Dengan keadaan yang begini, terlalu ramai pelarian Rohingya kini mengalami sakit yang teruk akibat mengambil minuman yang tidak bersih.

Kami khuatir jika perkara ini berlarutan, akan menyebabkan lebih ramai yang jatuh sakit. Oleh sebab itu, MVM terpanggil untuk membantu pelarian rohingya mendapatkan sumber air bersih dengan membina 3 buah sistem rawatan air di sana.

Maklumat Bantuan :

  • 1 Tangki : RM66,000
  • Sasaran : 3 buah sistem rawatan air
  • Jumlah Tajaan Diperlukan : RM198,000
  • Tarikh tutup sumbangan : 14 Februari 2019

Penting !

Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :

  • Contoh subjek email : SafeWhere

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854
Jika anda belum berpeluang membantu dalam wang ringgit, anda juga boleh bantu dengan “share” kempen ini.

INSHAALLAH, pembinaan sistem rawatan air selamat diminum ini mampu membantu 6000 pelarian Rohingya sehari bagi 1 buah sistem rawatan air.

HARAPAN KAMI, dengan adanya sistem rawatan air ini, ia dapat mengurangkan kadar penyakit berisiko tinggi yang berpunca daripada air tercemar dan memberi kualiti hidup yang lebih baik kepada pelarian Rohingya ini.


Sumbang Sekarang Secara Online »

Anda boleh memberi sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

➳ Maybank (56480 164 7699)
➳ CIMB (8602 5378 07)
➳ Bank Islam (1230 0010 0030 65)
➳ Email : account@mvm.org.my

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi/whatsApp kami :

  • Wakil MVM - 012-235 6854