Misi Bantuan Kecemasan : MVM Peduli Sulawesi Tengah

Oleh Nur Liyana : 28 December 2018
Sumbang Sekarang Secara Online »

Misi Bantuan Kecemasan : MVM Peduli Sulawesi Tengah

Pada bulan September yang lalu, kita dikejutkan dengan tragedi yang menyayat hati yang menimpa saudara-mara kita di Palu dan Donggala. Tragedi gempa dan tsunami yang memusnahkan keluarga, meranapkan tempat tinggal mereka sehingga kini membuatkan penduduk di sana masih lagi trauma.

Pada bulan Oktober yang lalu, wakil tim MVM telah  pergi ke Sulawesi Tengah  untuk memberi bantuan yang berbentuk pek makanan dan kit kesihatan.

Namun, mangsa di sana masih lagi memerlukan bantuan kita. Lebih lebih lagi 2018 yang bakal melabuhkan tirai, anak-anak di sana semakin bimbang tidak dapat pergi sekolah seperti biasa susulan kejadian yang menimpa telah memusnahkan hampir keseluruhan tempat tinggal mereka. Bukan itu sahaja, penduduk di sana juga telah mengalami kesukaran untuk mendapatkan sumber air bersih sebagai keperluan harian. Kekerapan menggunakan sumber air yang tidak berkuali dikhuatiri akan memberi kesan terhadap kesihatan mereka.

Bagi mendapatkan semua keperluan agak sukar saat ini tanpa bantuan kita semua. Sedangkan untuk mencari tempat berteduh pun perlu berlindung di sebalik khemah yang akan runtuh bila-bila sahaja inikan pula untuk mendapat bantuan persekolahan. Justeru, kami masih membuka peluang dan ruang kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu anak-anak di sana mendapatkan barangan persekolahan dan sumber air bersih. 

MAKLUMAT BANTUAN :

🌼 Sasaran : RM350,000
🌼 1 Tajaan : RM30 sahaja

Penting !

Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :

  • Contoh subjek email : PEDULI SULAWESI

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854
Jika anda belum berpeluang membantu dalam wang ringgit, anda juga boleh bantu dengan “share” kempen ini.
Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

 


Sumbang Sekarang Secara Online »

Anda boleh memberi sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

➳ Maybank (56480 164 7699)
➳ CIMB (8602 5378 07)
➳ Bank Islam (1230 0010 0030 65)
➳ Email : account@mvm.org.my

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi/whatsApp kami :

  • Wakil MVM - 012-235 6854