Daftar Volunteer MVM »

Tabung Kemanusiaan Rohingya – Negaraku Prihatin “Mission For The Rohingyas”


Sumbang Sekarang »

 

Tabung Kemanusiaan Rohingya – Negaraku Prihatin “Mission For The Rohingyas”

Jangan menangis Rohingya, Tuhan sedang mengujimu

Hanya ungkapan kata-kata doa sahaja yang mampu kita ucapkan apabila mendengar berita tentang kesengsaraan hidup etnik Rohingya di Myanmar yang dibunuh dengan kejam oleh angkatan Tentera Myanmar. Tindakan yang seumpama ini adalah satu kekejaman yang tidak boleh dipandang enteng dan didiamkan sahaja oleh setiap individu yang bernama manusia.

Siapakah Rohingya ?

Berdasarkan ahli sejarah, etnik Rohingya telah menetap di daerah Rakhine, Myanmar dan majoritinya adalah beragama Islam. Namun begitu, etnik Rohingya ini telah dinafikan kewarganegaraan oleh kerajaan Myanmar sejak 1982 (Sumber : BBC Indonesia dan Al Jazeera).

Tabung Kemanusiaan Rohingya

Terkini, pihak iM4u telah menganjurkan bantuan “Mission For The Rohingyas” dimana kami, Muslim Volunteer Malaysia menjadi Rakan NGO bagi menjayakan misi ini.

Jenis Bantuan :

Antara bantuan yang akan dihantar nanti adalah bantuan makanan dan bantuan kelengkapan kebersihan diri.

A) Bantuan makanan adalah seperti berikut :

  • Makanan dalam tin
  • Makanan berbungkus
  • Makanan lambat rosak
  • Paket beras
  • Biskut

B) Bantuan kelengkapan kebersihan diri :

  • Sabun buku – 85g
  • Tuala – 140cm x 170cm
  • Berus gigi – saiz medium
  • Ubat gigi – 80g/100g
  • Tuala Wanita
  • Lampin bayi

Pihak iM4u juga membuka pusat pengumpulan barangan bantuan di 6 buah lapangan terbang seluruh Malaysia seperti berikut :

  • KLIA
  • Kota Kinabalu International Airport
  • Kuching International Airport
  • Sultan Ismail Petra Airport, Kelantan
  • Penang International Airport
  • Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang.

Atas keprihatinan atas isu global ini, kami di Muslim Volunteer Malaysia turut sama melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya bagi mengumpul dana untuk membantu saudara Islam Rohingya yang kini tertindas oleh pemerintahan yang kejam.

Maklumat Tajaan :

Kami tidak menetapkan sebarang sasaran yang khusus untuk misi kali ini. Anda boleh memberi seberapa sahaja nilai sumbangan yang termampu samada RM10, RM30, RM50 atau RM100 sekalipun. Seberapa sahaja jumlah sumbangan yang berjaya dikumpulkan akan disalurkan kepada pihak iM4u bagi urusan lanjut.

  • Tarikh tutup sumbangan : 25 Oktober 2017 

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut :

Selain daripada menghulur bantuan kewangan, MVM juga membantu menghantar 20 orang sukarelawan MVM untuk membuat persediaan barangan bantuan pada 30 Oktober 2017 nanti.

Maklumat lanjut:

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434 / Yazid 013-588 2796

*Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon email slip sumbangan ke account@mvm.org.my dengan subjek (TABUNG ROHINGYA | NAMA | TARIKH)

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.

Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

Anda boleh membuat tajaan melalui :

Akaun : Maybank
No.Akaun : 5648-0164-7699

Akaun : CIMB Islamik
No. Akaun : 8602 5378 07

Akaun : Bank Islam
No. Akaun : 1230 0010 0030 65

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Email : account@mvm.org.my

Ataupun anda boleh klik butang Sumbang Sekarang dibawah untuk pembayaran terus atas talian.

Sumbang Sekarang »

MVM di Facebook

MVM di Twitter


Tinggalkan Komen Anda

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian