Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Misi Bantuan Musim Sejuk ” Syria, Kami Datang ” 2.0


Sumbang Sekarang »

Sasaran RM200,000 Untuk Bantuan Musim Sejuk “Syria, Kami Datang”.

Musim sejuk yang bakal menjengah negara bergolak Syria memberi cabaran kepada pelarian yang kehilangan tempat tinggal dan keluarga. Musim sejuk adalah situasi yang sangat kritikal bagi mereka untuk meneruskan kehidupan kerana kekurangan makanan, selimut, baju sejuk, alat pemanas dan ubat-ubatan.

Perjumpaan pada 24 Oktober 2017 di antara Presiden MVM, Muhammad Jantan dan CEO Malaysia Lifeline For Syria (MLLFS), Syahril Azfar telah membulatkan keputusan untuk sekali lagi menghantar bantuan musim sejuk ke kem pelarian Syria di Turki dan Syria dalam Misi Bantuan Musim Sejuk “Syria, Kami Datang” 2.0.

Kempen Misi Bantuan Musim Sejuk “Syria, Kami Datang” 2.0 akan berlangsung selama 44 hari bermula hari ini sehingga 24 Disember 2017.

In sha Allah, 4 orang sukarelawan MVM dan 4 orang sukarelawan MLLFS akan berangkat ke Turki pada 1 – 12 Januari 2018 bagi menghantar sendiri bantuan dan amanah daripada rakyat Malaysia.

Maklumat Bantuan :

3 bantuan sangat kritikal yang diperlukan adalah seperti berikut :

Baju Sejuk

  • Sasaran : 1000 penerima bantuan
  • 1 Tajaan : RM100
  • Jumlah tajaan : RM100,000

Selimut

  • Sasaran : 1000 penerima bantuan
  • 1 Tajaan : RM50
  • Jumlah tajaan : RM50,000

Susu bayi

  • Sasaran : 1000 penerima bantuan
  • 1 tajaan : RM50
  • Jumlah tajaan : RM50,000

Jumlah keseluruhan dana diperlukan : RM200,000

Maklumat Sumbangan :

Atas keprihatinan isu kemanusiaan global ini, kami merayu kepada rakyat Malaysia untuk turut sama membantu dan menghulur sumbangan ikhlas bagi 3 bantuan yang sangat kritikal ini buat saudara Syria di kem pelarian Turki dan Syria. Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : account@mvm.org.my
  • Tarikh tutup sumbangan : 24 Disember 2017

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut :

Penting !

Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :

  • Contoh subjek email : MUSIM SEJUK SYRIA 2.0

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434 / Yazid 013-588 2796
Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” kempen ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

 

Anda boleh membuat tajaan melalui :

Akaun : Maybank
No.Akaun : 5648-0164-7699

Akaun : CIMB Islamik
No. Akaun : 8602 5378 07

Akaun : Bank Islam
No. Akaun : 1230 0010 0030 65

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Email : account@mvm.org.my

Ataupun anda boleh klik butang Sumbang Sekarang dibawah untuk pembayaran terus atas talian.

Sumbang Sekarang »

MVM di Facebook

MVM di Twitter


Tinggalkan Komen Anda

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian