Daftar Volunteer MVM »

MVM Rayu Bantuan RM300,000 Untuk Misi Ramadhan Syria.


Sumbang Sekarang »

Misi Bantuan Ramadhan “Syria, Kami Datang”

Bertemu di bulan Ramadhan. Perasaan bersyukur gembira, dan teruja sangat kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berpuasa dan beramal ibadah lagi pada tahun ini dalam keadaan yang tenang dan aman.

Namun begitu, sangat jauh berbeza suasana Ramadhan saudara Islam kita di negara berperang seperti Syria. Mereka bagaikan “berpuasa” setiap hari. Menahan lapar, kesejukan, kesakitan dan sentiasa bersedia menunggu kematian.

  • Jika kita berada di tempat mereka, mampukah kita menanggung dugaan besar ini?
  • Pedulikah kita terhadap kekejaman yang dikenakan ke atas rakyat Syria?
  • Apakah bantuan yang telah kita usahakan untuk menyelamatkan dan meringakan bebanan saudara kita disana?
  • Apakah yang hendak kita jawab dihadapan Tuhan di akhirat nanti jika dipersoalkan tentang tanggungjawab kita membantu saudara Islam kita sendiri?

Allahuakhbar, marilah kita fikirkan sejenak dan bersyukur atas nikmat yang diberikanNya selama ini.

Hari ini, 25 Mei 2017 sekali lagi kami di MVM mendapat jemputan kerjasama bersama Malaysia Lifeline for Syria (MLLFS) dan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) untuk menggalas tanggungjawab menyampaikan bantuan barangan keperluan ke Syria di bulan Ramadhan.

Syukur ke hadrat Illahi atas kejayaan Misi Bantuan Musim Sejuk dan Misi Kemanusiaan Menghantar Ambulans ke Syria sebelum ini, ia memberi semangat dan keyakinan untuk kami melaksanakan tanggungjawab untuk misi bulan Ramadhan kali ini pula.

Hanya 4 kouta yang diberi. 2 diserahkan kepada NGO Indonesia. Dan bakinya kepada NGO Malaysia.

  • Ngo Malaysia – Muslim Volunteer Malaysia – MVM
  • Ngo Malaysia – Tangisan Syria di Bumi Jordan – TSDBJ

Namun begitu, kami mempunyai masa yang amat singkat iaitu selama 12 hari sahaja untuk mengumpul dana sebanyak RM300,000. Dana ini akan dibahagikan untuk 3 bantuan utama di Syria dan Kem Pelarian Syria di Turki iaitu :

  • Bantuan Pembinaan Semula Masjid
  • Bantuan Sahur untuk rakyat Syria
  • Bantuan Berbuka Puasa rakyat Syria

Atas keprihatinan dan pengalaman kami merasaikan sendiri keperitan hidup rakyat Syria di negara berperang dan kem-kem pelarian, sekali lagi kami merayu dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu memberi sumbangan ikhlas dan hebahan tentang Misi Bantuan Ramadhan “Syria Kami Datang” ini.

Apa kita tidak sudi untuk menyuap sendiri sedikit rezeki kepada mereka pada bulan yang mulia ini?

Misi Bantuan Ramadhan – “Syria, Kami Datang” menyasarkan kutipan dana sebanyak RM300,000.

Maklumat Kutipan Dana Misi Bantuan Ramadhan – “Syria, Kami Datang” :

  • Sasaran = RM300,000
  • 1 tajaan = RM 50 untuk 1 bahagian atau seberapa yang anda boleh bantu
  • Tarikh kutipan dibuka : 26 Mei 2017 
  • Tarikh kutipan ditutup : *Sehingga diberitahu kemudian
  • Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :
  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : untukmusyria.mvm@gmail.com

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut :

Maklumat Lanjut :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434 / Yazid 013-588 2796

*Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon slip ke untukmusyria.mvm@gmail.com

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.

Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

Anda boleh membuat tajaan melalui :

Akaun : Maybank
No.Akaun : 5648-0164-7699

Akaun : CIMB Islamik
No. Akaun : 8602 5378 07

Akaun : Bank Islam
No. Akaun : 1230 0010 0030 65

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Email : untukmusyria.mvm@gmail.com

Ataupun anda boleh klik butang Sumbang Sekarang dibawah untuk pembayaran terus atas talian.

Sumbang Sekarang »

MVM di Facebook

MVM di Twitter


Tinggalkan Komen Anda

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian