MVM Rovers – Go Kelantan !

Oleh Amirah Harun : 8 September 2020

MVM Rovers – Go Kelantan !

Kursus Asas Hero Dan Beach Cleaning 2020 Eksklusif Untuk #VolunteerMVM Kini Dibuka.

Kursus Hero 2020 adalah satu inisiatif Latihan Kesukarelawan Muslim Volunteer Malaysia yang lebih “fresh” dan holistik.

Pada tahun ini, kami masih mengekalkan objektif utama untuk memberi kefahaman kepada sukarelawan MVM tentang Visi, Misi, dan perjuangan Muslim Volunteer Malaysia sebagai sebuah badan NGO.

Apa yang lebih menarik, kami akan berkongsi dan membuka peluang kepada sukarelawan MVM di Kelantan untuk menyertai Kursus Hero ini dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja pengurusan program, dan pencarian dana bagi kempen kebajikan dan kemanusiaan anjuran MVM serta di akhir program nanti, kami akan adakan juga “Beach Cleaning” di Persisiran pantai di Kelantan.

Objektif utama kami adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta memberi peluang kepada sukarelawan yang berminat untuk mengadakan program kebajikan dan kemanusiaan sama ada bersama MVM atau persendirian.

Modul Kursus Hero yang akan dikongsikan adalah seperti berikut :

  • Intro to Muslim Volunteer Malaysia 

Memberi penerangan dan kefahaman tentang Sejarah Penubuhan, Visi dan Misi Muslim Volunteer Malaysia.

  • Let’s Manage the Projects

Memberi pengetahuan tentang pengurusan projek kebajikan dan kemanusiaan MVM serta prosedur untuk mengendalikan misi-misi kecemasan.

  • Be An Awesome Fundraiser !

Memberi pengetahuan tentang pengumpulan dana secara digital dan konvensional bagi pelaksanaan projek kebajikan dan kemanusiaan dalam dan luar negara.

  • Be An Amazing Volunteer !

Memberi pengetahuan tentang ciri-ciri dan bagaimana menjadi sukarelawan yang bertaraf profesional.

Maklumat Program :

Hero Workshop 

  • Tarikh : 19 Sept 2020
  • masa : 9 – 12 Tengahari
  • Tempat : Kg Jenerak 16020, Tawang, Bachok Kelantan.

Di akhir kursus ini, kami berharap agar dapat bekerjasama dengan lebih ramai sukarelawan MVM secara langsung dan tidak langsung dalam menjalankan projek kebajikan dan kemanusiaan ini. Kami juga berharap perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat memberi pendedahan, kefahaman dan menjadi titik permulaan kepada sukarelawan MVM yang berminat untuk menjalankan projek kebajikan dan kemanusiaan.

Nature Hero – Beach Cleaning Di Kelantan

Specialnya program kali ini, kita juga akan mengadakan Beach Cleaning di persisiran pantai di Negeri Kelantan. Program ini adalah untuk memberi kesedaran alam sekitar dan menguatkan silaturrahim diantara volunteer-volunteer di Kelantan.

Maklumat Program :

Nature : Beach Cleaning

  • Tarikh : 19 Sept 2020
  • Masa : 3 – 5 petang
  • Tempat : Pantai Irama, Bachok, Kelantan

Pendaftaran dibuka kepada 30 orang sukarelawan MVM terawal sahaja bagi sesi Kursus Hero 2020 kali ini.

Jadi apa tunggu lagi “ore-ore kelate tu”, Jom daftarkan diri sekarang dibawah :