Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Peluang Latihan Industri di Muslim Volunteer Malaysia


Kemaskini pada Oct 11, 2017 : Hebahan Media & Umum Views: 1821

PELUANG LATIHAN INDUSTRI DI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.

Muslim Volunteer Malaysia – MVM menawarkan peluang kepada pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi/Politeknik/Kolej dalam peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti program Latihan Industri.

Bidang Latihan Industri yang ditawarkan adalah seperti berikut :

1) Graphic Designer

2) Video Editor / Videographer

3) Operation Intern

4) Media Content Marketing

Melalui program ini , MVM menawarkan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah belajar dan mengembangkan pengetahuan mereka serta melengkapkan mereka dengan pengalaman yang tidak ternilai di dalam pekerjaan ini.

Program ini juga meliputi peluang untuk memberi pengalaman dalam membuat kerja amal melalui program-program yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Keperluan Permohonan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Tempoh latihan industri berbeza-beza, sekurang-kurangnya minimum sepuluh (10) minggu dan maksimum lima puluh dua (52) minggu.

Prosedur Permohonan

Pelajar yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Resume terkini beserta gambar passport

Kemudahan Elaun

Pelajar layak menerima elaun latihan industri sebanyak RM500 sebulan termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu.

Permohonan boleh dihantar  ke E-mel berikut:-

E-mel : hr@mvm.org.com
Nama Pegawai : Nur Faeza binti Samsimon

Jika terpilih, anda akan dihubungi oleh pihak MVM.

 


Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian