Sertai Kami : Latihan Industri Untuk Akaun Eksekutif & Video Editor

Oleh Amirah Harun : 3 January 2020

Sertai Kami : Latihan Industri Untuk Akaun Eksekutif & Video Editor

Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.

Muslim Volunteer Malaysia – MVM menawarkan peluang kepada pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi/Politeknik/Kolej dalam peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti program Latihan Industri.

Bidang Latihan Industri yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Penyunting Video
  • Perakaunan

1) Penyunting Video

Kriteria Yang Diperlukan

  • Calon hendaklah memiliki atau sedang mengikuti kursus Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Media/Sinematografi/Fotografi/Seni Visual atau yang setaraf dengannya
  • Kemahiran video editor yang diperlukan: Adobe Photoshop atau mana-mana aplikasi video editor yang lain.
  • Kemahiran berkomunikasi dan bercerita yang bagus
  • Pemohon bersedia untuk bekerja pada hujung minggu apabila diperlukan

Bidang Tugasan 

  • Bertanggungjawab menyedia dan memastikan peralatan-peralatan media seperti kamera, perakam audio, pencahayaan, mikrofon dan alat peraga dalam keadaan lengkap dan teratur sebelum, semasa dan selepas rakaman bagi setiap program yang dijalankan.
  • Terlibat dalam proses pengeditan video, pemotretan video acara dan wawancara untuk menghasilkan kandungan kreatif.
  • Merakam dan mengedit video, pengaturan suara, menangkap atau mengimport media, menyusun media mentah (raw media) serta rakaman pengeditan, bunyi dan muzik.
  • Bertanggungjawab mengendalikan pengeluaran pasca rakaman untuk mencipta video acara pasca berkualiti tinggi.

2) Akaun Eksekutif

Kriteria Yang Diperlukan

  • Calon hendaklah memiliki atau sedang mengikuti kursus Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan/Perakaunan/Perbankan atau yang setaraf dengannya.
  • Pemohon bersedia untuk bekerja (sertai program) pada hujung minggu apabila diperlukan.

Bidang Tugasan 

  • Bertanggungjawab menguruskan penerimaan akaun dan buku tunai.
  • Menyediakan resit pada penyumbang
  • Membalas emel pertanyaan tentang sumbangan
  • Mengekalkan data yang tepat dan terkini didalam pangkalan data perakaunan pertubuhan.
  • Membuat salinan sandaran untuk semua rekod perakaunan dan melaksanakan pemfailan dokumen.
  • Melaksanakan sebarang tugasan tambahan sekiranya diperlukan.

KEPERLUAN PERMOHONAN 

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Tempoh latihan industri berbeza-beza, minimum sepuluh (10) minggu dan maksimum lima puluh dua (52) minggu.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pelajar yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Resume terkini beserta gambar passport
  • Surat latihan industri dari fakulti/universiti
  • Transkrip peperiksaan terkini
  • 1 gambar bersaiz passport

BAGAIMANA INGIN MEMOHON?

E-mel resume anda ke hr@mvm.org.my  

Jika terpilih, anda akan dihubungi oleh pihak MVM. Semoga berjaya! 🙂