Pendaftaran Night Of Appreciation (NOA 2019) Kini Dibuka.

Oleh Amirah Harun : 9 December 2019

Pendaftaran Night Of Appreciation (NOA 2019) Kini Dibuka.

Alhamdulillah, Hari ini kami telah buka pendaftaran untuk majlis Night Of Appreciation (NOA 2019).

Majlis Doa Selamat dan Penghargaan atau dikenali sebagai NOA 2019 ini adalah untuk menghargai sukarelawan MVM, keluarga asnaf MVM dan semua penaja dan penyumbang yang telah menyokong serta bertungkus lumus menjayakan program-program amal bersama MVM sepanjang tahun ini.

Night Of Appreciation 2019

Night Of Appreciation 2019 merupakan Majlis Doa Selamat dan Penghargaan atau dikenali sebagai NOA 2019 ini adalah untuk menghargai sukarelawan MVM, keluarga asnaf MVM dan semua penaja dan penyumbang yang telah menyokong serta bertungkus lumus menjayakan program-program amal bersama MVM sepanjang tahun ini.

Night Of Appreciation kali ini bertemakan “Traditional Classy”

Penganjuran NOA 2019 merupakan satu landasan bagi meraikan sukarelawan-sukarelawan yang telah banyak menyumbang bakti dan bergiat aktif dalam penglibatan bagi program-program di bawah kelolaan MVM. Sukarelawan yang bergiat aktif juga akan diberi penghargaan melalui 4 kategori anugerah #VolunteerMVM.

Istimewanya NOA 2019 tahun ini, kami turut meraikan keluarga asnaf MVM yang komited dan berusaha mengubah hidup mereka untuk lebih berjaya melalui perniagaan.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengukir kenangan antara sukarelawan serta pihak pengurusan MVM selari dengan kehendak sosialisasi manusia.

MAKLUMAT PROGRAM:

Nama Program :  Night Of Appreciation 2019
Tarikh :  21 Disember 2019
Hari :  Sabtu
Masa :  6.00 pm – 10.30 pm
Tempat :  SK Puchong Indah
Bayaran  : RM15.00

 

Aturcara Program:

Apa yang menarik dalam Majlis Doa Selamat Night Of Appreciation ini?

Hah menarik betul kan ! Kalau berminat tunggu apa lagi jom daftar sekarang. Terhad kepada 250 orang tau.

Sila hubungi Saudara Aniq atau Saudari Azielah untuk pertanyaan dan pendaftaran di talian WhatsApp : +60 13-834 3012📱.

Klik sini untuk daftar sekarang >> https://volunteermvm.onpay.my/order/form/appreciation

In sha Allah, kita jumpa di Night Of Appreciation ini nanti. Kami doakan agar ikatan silaturrahim yang terjalin ini diberkati serta dikasihi Illahi.