Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Pendaftaran Piala Amal Bowling Muslim Volunteer Malaysia 2018 – KINI DITUTUP


Kemaskini pada Jan 11, 2018 : Hebahan Media & Umum 369 Views

Pendaftaran Piala Amal Bowling Muslim Volunteer Malaysia 2018 – KINI DITUTUP

Assalamualaikum Volunteers,

InsyaAllah pada 11 Februari 2018 ini MVM akan menganjurkan Piala Amal Bowling MVM 2018.

Maklumat pertandingan adalah seperti berikut :

Program : Piala Amal Bowling MVM 2018
Tempat : Airport Sports Complex, Persiaran Ilmu BBN, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tarikh : 11 Februari 2018 (Ahad)
Masa : 09:00AM – 01:00PM

Matlamat program ini adalah untuk:

  1. Mengumpul barangan asas bagi membantu keluarga-keluarga penerima bantuan Pure Heart 2018.
  2. Meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan sukarelawan.
  3. Memanjangkan ikatan kemesraan bersama sukarelawan.
  4. Melatih sukarelawan untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai kesihatan tubuh badan dengan aktiviti luar yang sihat.
  5. Melahirkan sukarelawan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial.

Maklumat Pertandingan :

  • Perlawanan dibuka antara kumpulan sahaja
  • 20 kumpulan akan bertanding
  • 1 kumpulan = 4 orang pemain

Peserta akan menerima:

  • T-shirt Program
  • Button Badge

Hadiah Pertandingan Piala Amal Bowling MVM :

Tempat 1 – Trofi MVM, Hamper, Hadiah Tajaan Eksklusif dan Piala Pusingan*

Tempat 2 – Torfi MVM, Hamper, dan Hadiah Tajaan Eksklusif

Tempat 3 – Trofi MVM, Hamper, dan Hadiah Tajaan Eksklusif

Trofi dan Hadiah Tajaan Eksklusif juga akan diberikan kepada individu lelaki dan wanita yang berjaya mendapat jatuhan pin tertinggi.

*Piala Pusingan adalah hak milik penganjur dan mestilah dipulangkan semula kepada pihak penganjur selepas program selesai.

Cara Pendaftaran :

Yuran :

Tiada bayaran yang dikenakan tetapi hanya wang deposit sebagai “booking” dan setiap kumpulan harus membawa satu set barangan asas yang terdiri daripada :

  • 5KG Beras
  • 1KG Minyak Masak
  • 1KG Gula
  • 1KG Tepung Gandum

Deposit : RM100 (deposti akan dikembalikan pada hari pertandingan selepas pengesahan kehadiran dibuat)

Cara Pendaftaran & Pembayaran : 

  • Anda boleh lakukan pembayaran deposit ke akaun berikut :
    ➳ Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
    ➳ Maybank 56480 164 7699
    ➳ CIMB Islamik 8602 5378 07
    ➳ Bank Islam 1230 0010 0030 65
  • Sahkan pendaftaran anda dengan menghantar BUKTI BAYARAN dan MAKLUMAT berikut :➳ Nama Penuh, Emel dan No Telefon (Whatsapp)  KETUA KUMPULAN SAHAJA.
    *Maklumat ahli kumpulan akan diminta kemudian
  • Hantar maklumat di atas ke WhatsApp Saudara Hasif 013 8343 012 atau email sukan.mvm@gmail.com
  • Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Saudara Hasif  013 8343 012  atau HQ MVM (03-8074 0434)
  • Tarikh tutup pendaftaran : 8hb Februari 2018
  • Pendaftaran juga akan ditutup lebih awal sekiranya telah mencapai kuota 20 kumpulan.

Info Penting:

  1. Peserta diwajibkan untuk membawa dan memakai stokin sendiri. Pihak pengajur berhak membatalkan penglibatan peserta jika perlu.
  2. Konformasi penglibatan peserta hanya dicatatkan setelah pembayaran deposit dibuat dan peserta memaklumkan kepada wakil kami yang bertugas (Saudara Hasif).
  3. Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membatalkan penyertaan setelah pembayaran deposit dilakukan. Peserta akan diberi peluang untuk mendapatkan pengganti dalam tempoh masa yang diberikan. Sekiranya tidak berjaya, bayaran anda akan dimasukkan ke dalam tabung derma kempen MVM.
  4. T-shirt program bersaiz freesize (L) akan diberikan percuma hasil tajaan De’Xandra. Untuk wanita, anda boleh membawa inner kerana baju adalah lengan pendek.

Jom bersukan bersama kami !


Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian