Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Pendaftaran Sukarelawan Pureheart Edisi Raya Kini Ditutup


Kemaskini pada Jul 17, 2017 : Hebahan Media & Umum Views: 758

Pendaftaran Sukarelawan Pureheart Edisi Raya Kini Ditutup.

Program ini bertujuan untuk menyampaikan barang keperluan asas kepada keluarga miskin dan asnaf bagi meneruskan kehidupan.

Alhamdulilah bulan Julai ini adalah Pure Heart MVM diteruskan untuk kali ke-6 bagi tahun 2017. Pada tahun ini MVM memberikan bantuan kepada keluarga Miskin & Asnaf dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1. Lebih istimewa lagi, ia akan dimeriahkan lagi oleh dengan kehadiran selebriti jemputan.

MAKLUMAT PROGRAM

Tempat : Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1
Tarikh : 21 Julai & 22 Julai 2017

Bagi yang ingin menjadi volunteer, anda mestilah hadir pada kedua-dua iaitu hari Jumaat malam & hari Sabtu pagi.

INTINERY RINGKAS PROGRAM

Hari Jumaat 21.7.2017
Masa: 9.00 mlm – 10.00 mlm.
– Volunteer akan bantu packing barang-barang asas ini ke dalam kotak.

Hari Sabtu 22.7.2017
Masa: 8.00 pg – 12.00 tgh hari
– Volunteer akan bantu mengedarkan barang-barang keperluan asas ini kepada keluarga miskin & asnaf.
– Volunteer akan bantu mengumpulkan data dan maklumat keluarga yang menerima bantuan.

GALERI PUREHEART

Klik link di bawah untuk melihat koleksi gambar dan video sepanjang program Pureheart yang lepas :

Gambar pureheart 1  : bit.ly/PicPureheart1
Video : bit.ly/VidPureheart1
Gambar pureheart 2 : bit.ly/GaleriPHMac2016
Gambar pureheart 3: bit.ly/PicPureHeart3

PENTING!!

Anda juga boleh klik “Interested” / “Join” di event yang telah kami buat di sini eventmvm 


Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian