Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

#VolunteerMVM Appreciation Awards 2017 – Daftar Sekarang !


Kemaskini pada Nov 1, 2017 : Hebahan Media & Umum Views: 3681

 

 

Pendaftaran Volunteer Appreciation Awards 2017 (VAA 2017) Kini Dibuka.

Alhamdulillah, semalam kami telah buka pendaftaran untuk majlis #VolunteerMVM Appreciation Awards 2017 (VAA 2017).

Majlis Makan Malam Amal dan Penghargaan atau dikenali sebagai VAA 2017 ini adalah untuk menghargai sukarelawan MVM, keluarga asnaf MVM dan semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program amal bersama MVM sepanjang tahun ini.

VolunteerMVM Appreciation Awards 2017

Volunteer Appreciation Award 2017 merupakan Majlis Makan Malam Amal dan Penghargaan atau dikenali sebagai VAA 2017 ini adalah untuk menghargai sukarelawan MVM, keluarga asnaf MVM dan semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program amal bersama MVM sepanjang tahun ini.

Volunteer MVM Appreciation Awards 2017 kali ini bertemakan “Volunteer Glamourous Night”

Penganjuran VAA 2017 merupakan satu landasan bagi meraikan sukarelawan-sukarelawan yang telah banyak menyumbang bakti dan bergiat aktif dalam penglibatan bagi program-program di bawah kelolaan MVM. Sukarelawan yang bergiat aktif juga akan diberi penghargaan melalui 12 kategori anugerah eksklusif.

Istimewanya VAA 2017 berbanding tahun lepas, kami turut meraikan keluarga asnaf MVM yang komited dan berusaha mengubah hidup mereka untuk lebih berjaya melalui perniagaan.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengukir kenangan antara sukarelawan serta pihak pengurusan MVM selari dengan kehendak sosialisasi manusia.

MAKLUMAT PROGRAM:

Nama Program :  VolunteerMVM Appreciation Awards 2017
Tarikh :  30 Disember 2017
Hari :  Sabtu
Masa :  8.00 pm – 11.00 pm
Tempat :  Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

TENTATIF PROGRAM :

*Tertakluk kepada perubahan.

EKSKLUSIF DI VAA 2017 :

Volunteer MVM Appreciation Awards 2017 ini akan diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Selain itu, pihak MVM juga akan mengumumkan Timeline Program untuk tahun 2018. Dengan itu, para sukarelawan berpeluang untuk mengetahui dengan lebih awal program-program yang bakal dijalankan pada tahun 2018 nanti.

12 ANUGERAH EKSKLUSIF :

Lebih menarik lagi, MVM juga membuka pencalonan sukarelawan untuk 12 Anugerah berprestij bagi menghargai jasa dan pengorbanan #VolunteerMVM yang setia menyokong kami dan juga keluarga asnaf MVM yang komited.

Siapakah yang bakal memenangi anugerah-anugerah ini? Pastikan anda hadir pada malam Volunteer MVM Appreciation Awards 2017 ini pada 30 Disember 2017 ini. Save the date !

TEMPAH TIKET ANDA SEKARANG !

Pendaftaran VolunteerMVM Appreciation Awards 2017 telah dibuka dengan tawaran harga EARLY BIRDS untuk #VolunteerMVM rasmi (Ahli) dan orang awam (Bukan Ahli).

In sha Allah, kita jumpa di VolunteerMVM Appreciation Awards 2017 ini nanti. Kami doakan agar ikatan silaturrahim yang terjalin ini diberkati serta dikasihi Illahi.


Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian