Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Pendaftaran #VolunteerMVM 2017 Kini Dibuka


Kemaskini pada Jan 9, 2017 : Hebahan Media & Umum Views: 32329

Pendaftaran #VolunteerMVM 2017 Kini Dibuka

Bermula Januari 2017, pihak MVM telah membuka pendaftaran baru secara rasmi kepada orang awam untuk bersama-sama membantu golongan yang memerlukan. Pendaftaran ini dirasmikan oleh Presiden MVM, Muhammad bin Jantan pada 30 Disember 2016 dalam Majlis MVM Volunteer Appreciation Awards 2016 yang lepas.

Mengapa Perlu Daftar Sebagai #VolunteerMVM ?

Volunteer MVM akan menerima manfaat-manfaat berikut :

  1. Akses penuh kepada semua program MVM
  2. Sebagai saluran untuk bersedekah
  3. Menerima cenderamata eksklusif MVM
  4. Dapat mengikuti latihan atau kursus yang dijalankan oleh MVM

Apa Pakej Yang Disediakan ?

  • 1 tahun – RM50

  • 2 tahun – RM80

  • Seumur hidup – RM100

Bagaimana Nak Daftar ?

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar sebagai volunteer MVM.

  1. Layari www.mvm.org.my dan klik pada butang “Daftar Volunteer MVM” atau anda boleh terus klik link disini – https://mvm.org.my/sukarelawan
  2. Klik pada pakej pilihan anda – 1 tahun (RM50) , 2 tahun (RM80) atau Seumur Hidup (RM100)
  3. Klik butang “Register Now”
  4. Anda akan diminta untuk memuatnaik gambar profile dan mengisi maklumat peribadi
  5. Pilih cara pembayaran samada bank transfer, atau bayaran online (Billplz). Jika anda memilih bank transfer, anda dikehendaki untuk “upload” resit pembayaran diruangan “proof payment” terlebih dahulu.
  6. Jika sudah selesai mengisi maklumat peribadi dan pembayaran, klik “Register Now”
  7. Anda akan menerima email pengesahan pembayaran, sms pengesahan pendaftaran dan cenderamata eksklusif daripada MVM dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran anda telah disahkan oleh pihak MVM.

F.A.Q Pendaftaran #VolunteerMVM

Untuk FAQ dan info lanjut tentang pendaftaran volunteer MVM, anda boleh baca dalam post di link ini –> https://mvm.org.my/f-q-info-terkini-pendaftaran-sukarelawan-mvm-2017/2862

Ada Pertanyaan Berkenaan #VolunteerMVM?

Untuk sebarang pertanyaan #VolunteerMVM, boleh hubungi kami :

  1. 03 8074 0434 – Pejabat MVM
  2. 013 8343012 – PIC (Hasif)
  3. Link whatsApp https://www.wasap.my/60138343012
  4. Email : hasif.mvm@gmail.com

Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian