Preview MVM Apprentice 2.0

Oleh Muslim Volunteer Malaysia : 25 May 2016

apprentice mvm

 

Preview MVM Apprentice 2.0

Anda berusia 21 – 28 tahun?

Khas buat anda yang masih mencari kerja, Tiba masa untuk anak muda mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk.

Ini peluang kedua buat anda yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, anda boleh hadirkan diri ke preview yang seterusnya pada 29 Mei ini.

Bagi anda yang berminat untuk sertai “Preview MVM Apprentice 2.0” pihak MVM telah melonggarkan beberapa syarat untuk anda,

SEBELUM SELEPAS
Minimum CGPA 3.0 Minimum CGPA 2.5
21-25 TAHUN 21-28 TAHUN

APA ITU #MVMAPPRENTICE ?

#MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.

Apprentice yang berjaya ini juga berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.

MAKLUMAT MVM APPRENTICE 2.0 2016

  • Tarikh: 29 Mei 2016
  • Hari: Ahad
  • Masa: 0900 – 1500
  • Tempat: EZAZ Wealth Management & Consultancy
  • Alamat: No 13 B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
    Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.
  • Penganjur: Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
  • Penaja Program: MOHA GROUP SDN BHD
  • Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
  • Pendaftaran: 019 – 387 4397 Atiqah

SIAPA PERLU HADIR?

  • Graduan baru
  • Mereka yang sedang memburu kerja
  • Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
  • Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
  • Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

BERSAMA 3 PANEL MVM APPRENTICE

Panel MVM Apprentice

 

YAYA MOHAMAD

Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.

SHIDA MOHAMAD

Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

YA MUHAMMAD

Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.

OBJEKTIF

  1. Memberi peluang kepada graduan yang berlatarbelakangkan keluarga yang kurang berkemampuan untuk menaik taraf kehidupan mereka.
  2. Meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan graduan yang menganggur.
  3. Memberi peluang kepada graduan mempelajari dan menceburi bidang keusahawanan.
  4. Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan graduan mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
  5. Meningkatkan keyakinan graduan yang baru menceburi bidang keusahawanan untuk terus lebih maju.
  6. Melahirkan usahawan muda Islam yang berkualiti tinggi.
  7. Membantu meningkatkan ekonomi keluarga graduan.
  8. Melahirkan generasi yang mengamalkan Sunnah Rasulullah dan berjaya di dunia dan akhirat.

JADUAL PENGAJIAN MVM APPRENTICE

Fasa Pertama, daripada 150 orang yang hadir pada Preview MVM Apprentice pada 29 Mei 2106, hanya 80 orang yang terawal mendaftar untuk ke Fasa Kedua, dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan akan terpilih untuk Fasa seterusnya bagi mengikuti Program MVM Apprentice secara keseluruhan yang akan berlangsung selama 2 bulan lebih.

Preview MVM Apprentice 2.0

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI CALON MVM APPRENTICE?

Jika anda berminat, boleh terus whatsApp “saya berminat untuk hadir ke “Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini” beserta nama penuh anda ke no 

(019–387 4397)  – Atiqah.

Anda juga boleh klik “interested” / “going”di event kami di FB di sini.