#DITUTUP – Sertai Kami : Account Assistant (Full Time)

Oleh Amirah Harun : 18 June 2020

Sertai Kami : Account Assistant (Full Time)

Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.

Muslim Volunteer Malaysia – MVM membuka peluang kerjaya kepada individu-individu yang berbakat, komited serta berminat untuk membina kerjaya dalam industri kesukarelawanan.

Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Pembantu Perakaunan

Kriteria Yang Diperlukan

  • Sekurang-kurangnya memiliki Diploma dalam Perakaunan / Kewangan / Perbankan atau yang setaraf dengannya
  • Graduan Baru / Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun bekerja
  • Bersedia untuk bekerja pada hujung minggu dan hari-hari cuti umum / cuti kelepasan apabila diperlukan

Tanggungjawab Kerja

  1. Menyokong kerja-kerja pentadbiran akaun
  2. Mengendali kerja-kerja perkeranian seperti menaip, mengaju, membuat panggilan telefon, mengendali surat dan pembukuan asas (bookkeeping) pertubuhan

Bidang Tugasan 

  • Bertanggungjawab membantu mengira, menyemak dan mengendali operasi perkaunan harian seperti akaun penerima (account receivable), account pembayaran (account payable), pengesahan pembayaran, penerimaan dan lain-lain sebelum penutupan bulanan.
  • Bertanggungjawab membantu menyemak dan memastikan ketepatan semua penyata akaun pertubuhan
  • Bertanggungjawab membantu menyemak, merekod dan mengemaskini rekod sumbangan pertubuhan di dalam sistem perakaunan selari dengan standard dan prosedur perakaunan yang ditetapkan termasuklah:
    • Invois-invois pertubuhan
    • Data sumbangan harian pertubuhan
  • Bertanggungjawab membantu mengendali dan mengawal pengaliran wang tunai (petty cash) dan pembayaran balik tuntutan perbelanjaan pekerja.
  • Bertanggungjawab membantu mengira dan memeriksa maklumat pembayaran serta membantu merekod dan mengeluar baucer dan resit pembayaran yang tepat.
  • Bertanggungjawab membantu menjawab sebarang pertanyaan melalui telefon dan emel.

KEPERLUAN PERMOHONAN 

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Resume terkini beserta gambar passport
  • 1 Salinan kad pengenalan diri
  • 1 Salinan sijil graduasi (kelayakan tertinggi)
  • 1 gambar bersaiz passport

BAGAIMANA INGIN MEMOHON?

E-mel resume anda ke hr@mvm.org.my  

Tarikh tutup permohonan 3 Julai 2020

Jika terpilih, anda akan dihubungi oleh pihak MVM. Semoga berjaya! 🙂