Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Sukarelawan


Pendaftaran Sukarelawan MVM (#VolunteerMVM)

“Saya sebak sebab tak pernah tahu ada sukarelawan yang sanggup turun padang semata2 nak terlibat dan mengambil peduli dengan kanak2 autisme. Rumah INSANI sudah berubah wajah, saya sangat terharu.”
-Tuan Fakhri, Pengurus Akademi Austisme INSANI.

Begitulah perasaan salah satu pihak yang pernah dibantu oleh #VolunteerMVM dalam program MVM yang dijalankan. Mereka sangat terharu dan teruja kerana sumbangan dan bantuan yang telah dilakukan oleh #VolunteerMVM sangat di luar jangkaan mereka. Menurut Tuan Fakhri, ramai pihak yang pernah datang membantu mereka namun tidak sama seperti sumbangan dan bantuan yang telah diberikan oleh #VolunteerMVM.

Mengapa bantuan yang diberikan oleh #VolunteerMVM sangat memberi kesan kepada mereka?

#VolunteerMVM yang berdaftar  akan diberikan panduan yang lengkap dan menyeluruh sebelum sesuatu program itu dijalankan. Selain itu, MVM juga akan cuba memastikan suasana dan persekitaran program itu selesa dan ceria untuk setiap ahli #VolunteerMVM melakukan aktiviti.

Hal ini membuatkan penerima bantuan sangat selesa dan terharu sekaligus menyuntik rasa semangat dalam diri mereka untuk berubah ke arah lebih baik.

Secara tak langsung, #VolunteerMVM juga lebih teruja untuk datang dan melakukan aktiviti lagi bersama-sama MVM untuk program-program seterusnya. MVM juga bukan hanya menekankan keselesaan sebelum dan semasa program, namun kita juga akan menyediakan beberapa insentif kepada #VolunteerMVM dalam pelbagai bentuk. Nak tahu? Jom join dan daftar sebagai #VolunteerMVM sekarang.

Aktiviti membungkus makanan asnaf dalam Program Pure Heart

Bagaimana Nak Daftar?

Untuk mendaftar sebagai #VolunteerMVM, sila pilih pakej pendaftaran yang anda berminat dan isikan maklumat lengkap selepas klik pakej anda. Tiada syarat-syarat khas yang diperlukan untuk mendaftar sebagai #VolunteerMVM.

Untuk makluman anda, bermula 2017 MVM telah membuka satu pendaftaran baharu di mana pendaftar-pendaftar MVM sebelum 1 Januari 2017 perlu mendaftar semula. Bayaran untuk pendaftaran ini adalah sebagai yuran komitmen anda selain anda akan menerima beberapa manfaat daripada bayaran tersebut.

Melalui pendaftaran dan bayaran tersebut, terdapat faedah dan manfaat akan kembali kepada #VolunteerMVM semula dalam 4 bentuk iaitu:

Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut dengan klik link dibawah:

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di:

Klik gambar dibawah untuk mendaftar sebagai sukarelawan MVM

Pakej 1 Tahun:

Pakej 2 Tahun:

Pakej Seumur Hidup:

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian