Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Tabung Bantuan Salam MVM


Sumbang Sekarang »

Tabung Bantuan Salam MVM

Program Bantuan Salam MVM adalah antara inisiatif MVM yang bertujuan untuk meringankan beban keluarga penerima bantuan dengan memberi bantuan dalam kadar yang segera.

Pemilihan keluarga penerima bantuan adalah berdasarkan kepada laporan orang awam yang diterima oleh pihak pengurusan MVM di bawah Unit Salam MVM.

Ciri-ciri keluarga yang layak :

  • Pendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah sahaja
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua agama dan bangsa

Maklumat tajaan :

MVM memperuntukkan RM14,000 sebulan bagi membantu mana-mana keluarga yang memerlukan bantu dalam kadar segera.

  • Sasaran : RM14,000 / sebulan
  • Jumlah sumbangan untuk setahun : RM14,000 x 12 = RM168,000 / setahun.

Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas melalui kempen Bantuan Salam MVM ini. Kempen ini akan dibuka berterusan sehingga akhir tahun 2018.

Kami juga tidak mengehadkan jumlah sumbangan yang hendak diberikan. Anda boleh menghulurkan seberapa sahaja sumbangan ikhlas yang termampu.

Semoga usaha ini dapat memberi sinar harapan dan membantu keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Jika anda mempunyai aduan / laporan berkenaan keluarga yang berkelayakan untuk dibantu, boleh hubungi kami di saluran berikut :

Sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

➳ Maybank (56480 164 7699)
➳ CIMB (8602 5378 07)
➳ Bank Islam (1230 0010 0030 65)
➳ Email : account@mvm.org.my

Ataupun anda boleh klik butang Sumbang Sekarang dibawah untuk pembayaran terus atas talian.

Sumbang Sekarang »

MVM di Facebook

MVM di Twitter


Tinggalkan Komen Anda

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian