Tabung Bantuan Salam MVM 2019

Oleh Ros Atiqah Fatin Abdullah : 21 February 2019
Sumbang Sekarang Secara Online »

Tabung Bantuan Salam MVM 2019

Program Bantuan Salam MVM adalah antara inisiatif MVM yang bertujuan untuk meringankan beban keluarga penerima bantuan dengan memberi bantuan dalam kadar yang segera dan tidak berfasa.

Pemilihan keluarga penerima bantuan adalah berdasarkan kepada laporan orang awam yang diterima oleh pihak pengurusan MVM di bawah Unit Salam MVM.

Ciri-ciri keluarga yang layak:

  • Pendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah sahaja
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua agama dan bangsa

Maklumat Tajaan

MVM memperuntukkan RM14,000 sebulan bagi membantu mana-mana keluarga yang memerlukan bantu dalam kadar segera.

  • Sasaran: RM14,000/sebulan
  • Jumlah sumbangan untuk setahun : RM14,000 x 12 = RM168,000 / setahun.

Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas melalui kempen Bantuan Salam MVM ini. Kempen ini akan dibuka berterusan sehingga akhir tahun 2019.

Kami juga tidak mengehadkan jumlah sumbangan yang hendak diberikan. Anda boleh menghulurkan seberapa sahaja sumbangan ikhlas yang termampu.

Semoga usaha ini dapat memberi sinar harapan dan membantu keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik dan memerlukan.


Aduan & Laporan

Jika anda mempunyai aduan / laporan berkenaan keluarga yang berkelayakan untuk dibantu, boleh hubungi kami di saluran berikut:


Sumbang Sekarang Secara Online »

Anda boleh memberi sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

  • Maybank (56480 164 7699)
  • CIMB (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Affinbank: 106020038503

Email : account@mvm.org.my

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi/whatsApp kami :

  • Wakil MVM - 012-235 6854