Tajaan Kelas Tambahan Untuk Anak Asnaf 2017

Oleh Ros Atiqah Fatin Abdullah : 7 December 2016
Sumbang Sekarang Secara Online »

kelas-tambahan-asnaf

Tajaan Kelas Tambahan Anak Asnaf 2017

Seperti kita sedia maklum, pendidikan amat penting untuk menjamin masa depan kehidupan. Bagi ibubapa yang berkemampuan sudah pasti mereka sanggup melaburkan sejumlah wang demi pendidikan anak-anak yang terbaik bermula dari kecil sehinggalah memasuki alam universiti.

Namun begitu, tidak semua antara kita yang dikurniakan status kewangan yang baik. Masih terlalu ramai ibubapa diluar sana yang tidak mampu memberi pendidikan yang sebaiknya untuk anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak yang berpotensi untuk berjaya dan mempunyai bakat tersembunyi ini disia-siakan begitu sahaja hanya kerana kekangan wang ringgit.

Hal yang sedemikian telah menarik perhatian kami di Muslim Volunteer Malaysia untuk menyediakan platform bagi membantu golongan asnaf dari sudut pendidikan untuk tahun 2017. Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat menjadi asbab kejayaan anak-anak ini satu hari nanti.

Disini kami menyediakan ruang kepada orang awam untuk sama-sama memberi sumbangan tajaan kelas tambahan untuk anak- anak asnaf bagi tahun 2017. Maklumat adalah seperti berikut :

  • Tajaan Kelas Tambahan untuk 1 bulan – RM 30 / sebulan
  • Tajaan Kelas Tambahan untuk 10 bulan – RM 300 / 10 bulan 

JUMLAH SASARAN = 300 anak-anak asnaf 

Silakan, bersama kami, sebarkan, sumbangkan, infaqkan, sampaikan, kongsikan.

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, boleh membuat tajaan / sumbangan melalui link dibawah:

Sila klik : https://www.billplz.com/KelasAnakAsnaf

ATAU

Sumbangan/deposit ke akaun berikut :

  • Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank: 56480 164 7699 | CIMB: 8602537807
  • Email :  kelasasnaf.mvm@gmail.com
Maklumat lanjut:
 
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
 
*Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Yazid 013-588 2796

Sumbang Sekarang Secara Online »

*Sebaik sahaja sumbangan diterima mencukupi, kami akan terus maklumkan kepada anda semua.