
Mohd Fauzan Abdul Sukor
Mohd Fauzan merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan pembinaan kapal yang pernah bekerja dalam bidang itu selama lebih tujuh tahun. Beliau juga mempunyai lebih tiga tahun pengalaman dalam pengurusan sekolah rendah swasta dan masih menjadi sebahagian Ahli Lembaga Pengurusan di sekolah tersebut.
Beliau juga antara pengasas bersama Muslim Volunteer Malaysia dan mula aktif dalam bidang kemanusiaan sejak 2012. Beliau pernah mengikuti misi bantuan kemanusiaan di Syria, Lubnan dan Turki. Mohd Fauzan kini mengetuai operasi dan pengurusan MVM selaku Ketua Pegawai Eksekutif.

Hasbullah Najib
Hasbullah Najib telah bersama MVM sejak 2018 dan mempunyai pengalaman dalam dunia kemanusiaan hampir 10 tahun serta terlibat dalam pelbagai misi bantuan kemanusiaan dalam dan luar negara.
Sebagai Ketua Pegawai Operasi, Hasbullah akan memastikan segala proses operasi harian di MVM berjalan lancar dan organisasi berfungsi dengan sebaiknya. Di luar organisasi, Hasbullah merupakan seorang pendakwah bebas yang disenangi dan disayangi orang ramai di sekitar Lembah Klang.

Ros Atiqah Fatin Abdullah
Ros Atiqah Fatin telah bersama membangunkan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia sejak 2016 dalam memikul tanggungjawab di unit media dan pemasaran. Beliau seorang yang berusaha kuat dan “goal-oriented” bagi memastikan setiap kempen kemanusiaan yang dijalankan mencapai dana sasaran dan dapat disalurkan kepada penerima bantuan dengan gembira.
Kini, impian beliau semakin besar untuk merealisasikan visi dan misi MVM dalam menjadi pertubuhan pilihan ramai anak muda dalam menjalankan aktiviti sukarelawan. Beliau juga aktif dan giat memperluas jaringan kerjasama korporat bagi memastikan MVM terus berdiri teguh. Walaunpun beliau seorang yang tegas dan gigih dalam menjalankan tugas, beliau seorang yang sangat lembut dan mempunyai empati yang tinggi serta suka memasak untuk keluarga dan sahabat handai.

Amirah binti Harun
Amirah menyertai Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia sejak Intern pada awal Januari 2019. Amirah kini bertugas sebagai Eksekutif Media Konten dibawah Jabatan Komunikasi Dan Multimedia. Beliau sangat teruja menguruskan website, Facebook, Instagram, Telegram, Twitter dan TikTok MVM. Beliau juga seronok menulis artikel-artikel berkaitan aktiviti program kebajikan di blog MVM demi menyebarkan kesedaran dan memberi informasi yang tepat kepada masyarakat.
Semasa di universiti lagi, Amirah sudah berkecimpung dalam dunia sukarelawan. Mudah mesra dengan orang tetapi sangat berhati-hati. Semoga Amirah akan terus kekal berbakti untuk masyarakat selama kudrat dikandung badan. Salam mesra ‘Kemanusiaan’.

Rabi’atul Adawiyah Kamaludin
Adawiyah mula berkhidmat dalam bidang NGO secara sepenuh masa setelah tamat menjalani latihan industri. Memikul tanggungjawab dalam berurusan dengan orang para dermawan MVM, menjalinkan hubungan baik bersama syarikat korporat dan penaja MVM dalam program tanggungjawab sosial korporat, berkolaborasi bersama pelajar universiti dalam melatih diri untuk menjadi sukarelawan “fundraising”. Beliau seorang yang berdikari, dan sangat bersopan santun.

Imran Abd Moin

Nur Shahirah binti Kharuman

Ahmad Aniq bin Mohd Azham
Aniq bertugas di Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia sebagai Eksekutif Kanan dibawah Jabatan Komuniti Sukarelawan. Beliau gemar dalam memikirkan strategi membangunkan dan memberi latihan sukarelawan MVM yang “Awesome”.
Beliau juga amat prihatin terhadap masalah masyarakat dan ingin memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang banyak perkara seperti “mindset” komuniti setempat, kebersihan alam sekitar, kebersihan tempat perlindungan haiwan dan lain-lain. Selain itu, Aniq juga seorang usahawan dan sangat minat memasak terutamanya membuat kek dan biskut.

Nurazielah binti Roslee

Mohd Ridzuan bin Othman
Memulai kerjaya di bidang kemanusiaan sejak September 2014. Terlibat dalam pelbagai rekabentuk komersial, korporat dan rekaan grafik sejak tahun 2006. Ridzuan juga menyertai pelbagai misi di dalam & luar negara seperti Misi Bantuan Banjir Kelantan 2014, Kembara Bumi Serambi Mekah-Aceh, Misi SQUAD Celebrity Global Volunteer (#Tabang4Marawi) Filipina, kru media di beberapa perkampungan orang asli dan Misi #Kindness4Chumnik di Kemboja.
Beliau berimpian untuk menyampaikan mesej kemanusiaan melalui hasil karya grafik dan gambar yang indah kepada masyarakat. Sehingga kini, beliau bertugas sebagai pereka grafik senior di Muslim Volunteer Malaysia bahagian Media Kreatif.

Mohd Hairuddin bin Latib
Memulakan kerjayanya di bidang animasi selama 5 tahun, dan beralih kerjaya kepada bidang kesukarelawanan pada tahun 2018 bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) setelah mula merasakan bidang ini kena dengan jiwanya yang merasa simpati & empati kepada mereka yang dalam kesusahan. Beliau sangat berbakat dalam videografi dan berimpian untuk menghasilkan karya video yang memberi mesej yang menyentuh emosi masyarakat dan memupuk kesedaran.
Beliau aktif dalam menjadi sukarelawan sejak 2015 dan telah menyertai misi di Bali, Indonesia dalam Misi Tokoh Diponegoro jejak sejarah Ulama’, Misi Kemanusiaan di sekitar Semenanjung Malaysia, Lombok, Bangladesh, Syria dan Lubnan.
Sehingga kini, beliau bertugas di bahagian Media Kreatif sebagai Videografi & Penyunting Video senior di Muslim Volunteer Malaysia.

Muhammad Najib bin Hamidi
Najib menyertai MVM pada Januari 2019 bermula sebagai intern. Bertugas sebagai eksekutif pereka grafik dan bertanggungjawab dalam mereka bahan hebahan seperti poster, banner, bunting dan lain-lain mengikuti daya kreativiti tersendiri. Apabila di lapangan misi, beliau merupakan jurugambar yang suka menangkap momen-momen indah untuk dijadikan kenangan dan juga kesedaran masyarakat. Beliau juga mempunyai bakat terpendam sebagai “hair stylist” yang ramai orang tidak tahu.

Muhammad Zharif
Muhammad Zharif nama atau lebih mesra dipanggil Zhaff. Beliau mula bertugas di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) selepas menjalani latihan industri. Jawatan yang dipegang ialah sebagai Videographer & Video editor di bahagian Media Creative. Beliau bertanggungjawab menyediakan dan memastikan peralatan-peralatan media seperti kamera bagi setiap program yang dijalankan. Selain itu, sebagai seorang videographer atau petugas NGO, beliau cekap dalam suntingan video agar mesej kemanusiaan yang disampaikan dapat menyentuh jiwa masyarakat.

Muhammad Azmy bin Hassan

Suzilawati Abdullah
Suzilawati Abdullah atau mesra dipanggil Jie merupakan graduan dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan, UTeM. Sebelum menjadi sebahagian penggerak kerja-kerja NGO, beliau pernah bekerja dalam sektor kejuruteraan dan penerbitan buku. Selain menyukai kedai buku dan Balai Seni Lukis Negara, beliau juga peminat sastera penulisan.
Minat beliau dalam kerja-kerja NGO terinspirasi daripada pengalaman Dr Baba Md Deni, seorang doktor sukarelawan Mercy yang pernah ditembak sewaktu kerja kerja kemanusiaan di Iraq suatu ketika dahulu. Bagi beliau, pengalaman Dr Deni adalah kisah yang sangat menghidupkan hati.

Syazwani Saufi

Muhammad Syafiq bin Idris
Menceburi bidang kemanusiaan seawal tahun 2016 sebagai seorang pelajar industri, kini beliau meneruskan usaha dan minat yang dipupuk bersama MVM sejak April 2021 di Bahagian Projek & Hal Ehwal Kemanusiaan (ProHEK). Mengambil tanggungjawab menjaga segmentasi ‘MVM Relief’ yang memfokuskan maanfaat kepada masyarakat pedalaman, bencana alam, serta hal ehwal & isu semasa yang berlaku dalam & luar negara.
Seorang yang aktif melakukan aktiviti seperti berlari, memasuki denai dan memanjat bukit, beliau amat menitik beratkan soal kesihatan diri dan mental.