” Tiada Manusia Yang Harus Berlapar… “

Oleh Ros Atiqah Fatin Abdullah : 15 November 2016
Sumbang Sekarang Secara Online »

” Tiada Manusia Yang Harus Berlapar…”

Pada dunia serba moden hari ini, ramai orang berkejar-kejaran untuk memiliki gajet hebat, menjamu selera di cafe mewah, dan menyimpan aset untuk masa hadapan. Keseronokan kita mengejar kesenangan dunia adalah satu ujian yang besar daripada Allah sehingga kadang kala kita menjadi lalai dan lupa. Kita lupa bahawa masih ramai diluar sana yang masih mengemis untuk sesuap nasi, masih ramai anak-anak yang dahagakan kasih sayang ibu dan ayah dan masih ramai warga emas yang dibiarkan tinggal bersendirian.

Persoalannya, di manakah keprihatinan dan tanggungjawab sosial kita sebagai rakyat prihatin?

In sha Allah, pada 19 November 2016 ini, kami di MVM akan membuat satu program bersama anak-anak yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK). Di bawah adalah sedikit pengenalan tentang RALK.

rumah amal limpahan kasih

Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK)

Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) adalah Pusat Kebajikan dan Pendidikan yang dinaungi oleh anak-anak yatim, anak fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan golongan yang layak menerima zakat (asnaf). RALK mula ditubuhkan pada Januari 2007 di atas tanah milik persendirian dengan beberapa bangunan rumah lama yang diubahsuai menjadi asrama dan kelas pengajian.

Seramai 100 orang anak yatim yang tinggal di asrama. Selain mereka yang tinggal di asrama ini, anak-anak yatim yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan oleh RALK. Sehingga kini jumlah anak-anak yatim telah melebihi 300 orang di mana mereka terlibat dengan pelbagai aktiviti RALK.

PELUANG TAJAAN MAKANAN HARIAN UNTUK ANAK YATIM 

MVM membuka peluang untuk mana-mana individu atau syarikat yang ingin menaja makanan harian untuk anak-anak yatim disana.

Tiada jumlah sasaran yang ditetapkan untuk kali ini. In sha Allah, berapa sahaja jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul, itulah yang akan kami berikan.

a) 1 tajaan untuk seorang = RM10 sehari / RM300 sebulan
b) Jumlah anak yatim di RALK seramai 100 orang.

  • Kos Makanan Harian sehari = Rm10 x 100 orang = RM1000 sehari
  • Tarikh tutup tajaan : 18 November 2016
  • Email : anakyatim.mvm@gmail.com
  • Reference : Anak Yatim

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh taja melalui link berikut:

➳ Anak Yatim : https://www.billplz.com/anakyatimmvm

Sumbangan/deposit boleh dibuat ke akaun berikut:

➳ Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
➳ Maybank 56480 164 7699
➳ CIMB Islamik 8602 5378 07

Sebarang pertanyaan mengenai kempen diatas, anda boleh hubungan saudara Yazid di whatsApp 013-588 2796

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).

Rumah Anak Yatim


Sumbang Sekarang Secara Online »

Anda boleh membuat tajaan melalui :

Maybank : No Akaun 5648-0164-7699
CIMB Islamik : No Akaun 8602 5378 07

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Email : anakyatim.mvm@gmail.com
Reference : Anak Yatim

➳ Tarikh tutup tajaan : 18 November 2016