Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Volunteer Appreciation Awards (VAA) Fund Challenge 2018


Kemaskini pada Dec 5, 2018 : Hebahan Media & Umum 307 Views

Volunteer Appreciation Awards (VAA) Fund Challenge 2018

Assalamualaikum & Hai !

Muslim Volunteer Malaysia akan mengadakan “VAA FUND CHALLENGE 2018” dalam tempoh masa 20 hari sahaja bermula 6 hingga 25 Disember 2018.

1) APAKAH VAA ?

VAA adalah Volunteer MVM Appreciation Awards dimana ia merupakan satu majlis makan malam amal berprestij yang dianjurkan bagi menghargai sukarelawan MVM, keluarga asnaf MVM, rakan media, rakan selebriti, dan rakan korporat. Ia juga diadakan bagi menyambut ulang tahun penubuhan MVM yang ke-4 pada tahun ini.

Maklumat lanjut tentang VAA, layari website ini :

2) APAKAH VAA FUND CHALLENGE ?

VAA FUND CHALLENGE adalah satu peluang keemasan untuk anda menjana wang tambahan / pendapatan dengan menjadi VOLUNTEER FRIENDRAISING.

3) SIAPAKAH VOLUNTEER FRIENDRAISING?

Volunteer Friendraising adalah satu kumpulan sukarelawan MVM yang berminat untuk membantu mendapatkan dana secara persendirian atau korporat bagi disalurkan ke kempen kemanusiaan atau program kebajikan anjuran MVM.

4) APAKAH TUGASAN VOLUNTEER FRIENDRAISING YANG SERTAI “VAA FUND CHALLENGE” ?

Tugasan utama untuk Volunteer Friendraising yang menyertai “VAA FUND CHALLENGE” adalah untuk mendapatkan PENAJAAN MEJA ATAU PEMBELIAN SEAT INDIVIDU bagi majlis VolunteerMVM Appreciation Awards 2018 pada 30 Disember 2018 ini.

5) YA, SAYA BERMINAT NAK DAFTAR SEKARANG !

Anda boleh ISIKAN MAKLUMAT yang diperlukan seperti dibawah sekarang dan pihak Muslim Volunteer Malaysia – MVM akan berhubung dengan anda untuk makluman seterusnya.

6) JIKA SAYA DAH ISI FORM, APA SAYA PERLU LAKUKAN ?

Anda akan menerima email pengesahan pendaftaran dalam masa 1-2 hari bekerja beserta PDF MEMO TAWARAN, TERMA & SYARAT, SURAT PENGESAHAN DAN GERAK KERJA VOLUNTEER FRIENDRAISING “VAA FUND CHALLENGE”

Anda juga akan menerima VIDEO khas tentang “VAA FUND CHALLENGE” melalui email tersebut.

7) VAA FUND CHALLENGE NI, ADA HADIAH KE?

YA, sudah tentu !

Pemenang dengan tajaan / pembelian tertinggi akan diumumkan pada Majlis VAA 2018 nanti dan mendapat hadiah penghargaan.

SEMUA peserta juga akan mendapat komisen bagi setiap penajaan meja / pembelian seat individu

8) YES, SAYA SUDAH BERSEDIA !

Anda boleh bermula dengan serta merta dalam tempoh masa 20 hari dari 6hb – 25 Disember 2018 ini.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi wakil MVM – 012 291 8370 (Azizi Kamizi)

LET’S CHALLENGE YOUR FUNDRAISING POTENTIAL NOW !


Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian