9 Sukarelawan Dari Malaysia dan Brunei Berangkat Ke Lubnan Demi Pelarian Syria
Pada 29 Disember 2019, delegasi Misi Bantuan Musim Bantuan : Syria, Kami Datang 4.0 telah berangkat ke Lubnan bagi menyampaikan bantuan musim sejuk dari rakyat Malaysia dan Brunei.
Misi kali ini diketuai oleh Saudara Mohd. Fauzan Abdul Sukor, Ketua Pegawai Eksekutif Muslim Volunteer Malaysia dan bersama beliau adalah 2 orang petugas MVM, 2 orang sukarelawan MVM dan seorang Ikon Kemanusiaan MVM serta 2 orang petugas Global Peace Mission dan seorang petugas WeCare Brunei.
Alhamdulillah setakat ini, MVM membawa dana bantuan sebanyak RM300,000 bagi bantuan kelengkapan musim sejuk kepada pelarian Syria dan Palestin di Lubnan.
Antara bantuan yang akan diagihkan adalah seperti berikut :
- Alat Pemanas
- Kit musim sejuk (baju sejuk, stokin, kasut)
- Pek makanan asas
- Alas khemah (karpet dan kanvas)
- Tilam dan selimut
Namun begitu, kami masih membuka kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan sehingga 5 Januari 2020. Delegasi misi dijangka akan pulang ke Malaysia pada 6 Januari 2020.
Hulurkan sumbangan anda, klik sini : bit.ly/wintersyria4
Ikuti perkembagan terkini misi bantuan musim sejuk sepanjang 9 hari dengan lebih cepat di telegram channel Muslim Volunteer Malaysia. Klik sini untuk join : https://t.me/volunteermvm
Kami mohon doakan agar perjalanan dan perancangan misi ini dipermudahkan Allah swt dan diredhainya. Terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda selama ini.
Kami kongsikan gambar keberangkatan delegasi Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 4.0 berikut :