Borang Volunteer MVM 2025
Sekiranya anda berminat untuk menyertai volunteer MVM, boleh isi maklumat di borang ini. Borang Volunteer MVM 2025.
Daftar Masuk #MVMRovers
Anda belum daftar sebagai sukarelawan rasmin Muslim Volunteer Malaysia?
Dzulhakiem
Alhamdulillah. Saya bersyukur dapat jadi sebahagian dari Volunteer MVM. Bermula dari Volunteer biasa hingga menjadi Ketua beberapa Program di Johor. Terima kasih atas kepercayaan MVM sentiasa memberikan peluang dan ruang untuk Volunteer rasa dihargai dalam komuniti. Setiap program membawa pengalaman baru dan rasa nikmat yang luar biasa. Terutamanya apabila dapat mengukir senyuman pada orang lain.
Kalau kalian tengah fikir nak mula buat kebaikan, sertailah MVM. Tak perlu jadi sempurna untuk membantu, cukup ada hati yang tulus & ikhlas. Sertailah MVM, dan rasai sendiri pengalaman yang mungkin ubah cara anda melihat dunia.
Nana
Saya menyertai MVM pada bulan September sebagai sukarelawan berdaftar dengan tujuan untuk menjadi sukarelawan yang aktif dan meluangkan masa membantu komuniti.
Saya juga telah menyertai latihan First Aid dan First Responder anjuran MVM pada bulan Oktober dan kini saya merupakan First Aider bertauliah. Saya berasa gembira menyertai MVM kerana ia memberi peluang kepada saya untuk menyumbang masa dan tenaga membantu masyarakat.
Natrah