Pure Heart telah memasuki siri yang ke 5 & telah dijalankan pada 27 & 28 Mei 2016 yang lepas. Setelah 4 bulan dijalankan didalam fasa 1, kali ini PureHeart 5.0 memasuki Fasa yang kedua iaitu fasa Latihan Perniagaan, Pemasaran dan Motivasi.
Program : PureHeart 5.0 edisi Ramadhan
Tarikh : 24 & 25 Jun 2016
Tempat : Sk Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
Penaja Kotak : Moha Group
Dengan Kerjasama: SK Padang Jawa
Alhamdulillah, program Pure Heart telah pun memasuki siri yang kelima dan Fasa yang kedua. Pada fasa ini, MVM akan lebih memfokuskan kepada Latihan Perniagaan, Pemasaran dan Motivasi keluarga penerima. Seramai 18 Volunteer MVM terpilih yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Seperti program Pure Heart sebelum ini, sebelum bantuan asas diberikan, akan terdapat slot khas dimana keluarga penerima yang hadir didalam pelbagai latar belakang akan diberi pendedahan dalam pelbagai aspek. Istimewanya pada kali ini, Pure Heart 5.0 merupakan edisi Ramadhan di mana Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah memperkenalkan Slot Duit Raya Salam MVM.
Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama yang jitu daripada Volunteer MVM, program ini sekali lagi berjalan dengan lancar.
Semoga dengan pengisian pada kali ini, sedikit sebanyak membantu meringanakan bebanan keluarga penerima menjelang Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langung dan tidak langsung terbabit didalam menjayakan program Pure Heart pada kali ini.
Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.
Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “PureHeart 5.0” :