Pure Heart 7.0 Edisi Raya Aidiladha

PUREHEART mei

Pure Heart telah memasuki siri yang ke 7 & telah dijalankan pada 26 & 27 Ogos 2016 yang lepas. Pure Heart 7.0 kini telah memasuki Fasa yang ketiga iaitu fasa pantauan ekonomi.

Program : Pure Heart 7.0 edisi Raya Aidiladha
Tarikh : 26 & 27 Ogos 2016
Tempat : Sk Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
Penaja Kotak : Moha Group
Dengan Kerjasama: SK Padang Jawa
Penceramah Jemputan : QnQ Cleaning Services

Alhamdulillah, program Pure Heart telah pun mamasuki siri yang ketujuh dan Fasa yang ketiga. Pada fasa ini, MVM akan lebih memfokuskan kepada tabungan pembelajaran dan pantauan ekonomi. Seramai 18 Volunteer MVM terpilih yang terlibat di dalam menjayakan program ini.

Seperti program Pure Heart sebelum ini, sebelum bantuan asas diberikan, akan terdapat slot khas dimana keluarga penerima yang hadir didalam pelbagai latar belakang akan diberi pendedahan dalam pelbagai aspek. Pada program Pure Heart kali ini, keluarga penerima yang mendaftar telah diberi peluang pekerjaan sambilan oleh pihak QnQ Cleaning Services.

Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama yang jitu daripada Volunteer MVM, program ini sekali lagi berjalan dengan lancar.

Semoga dengan pengisian pada kali ini, sedikit sebanyak membantu keluarga penerima didalam pengurusan kewangan dan seterusnya berusaha kearah kehidupan yang lebih baik.

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langung dan tidak langsung terbabit didalam menjayakan program PureHeart pada kali ini.

Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “PureHeart 7.0” :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.