Pure Heart 4.7 Beri Kesedaran Keselamatan Kepada Keluarga Asnaf
Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu yang lepas iaitu 24 Ogos 2019, MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 4.7, Awas, Bahaya” di SK Puchong Indah. Seramai 110 keluarga asnaf telah diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM termasuk pelajar-pelajar daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Pure Heart kali ini, MVM telah adakan Slot Perkongsian oleh Pertubuhan Skuad Mencari & Penyelamat Malaysia (MYSAR) kepada keluarga asnaf MVM ini. Selain itu juga, seperti biasa mereka akan menerima bantuan kotak makanan iaitu barangan asas.
Persediaan Program Seperti Biasa Bersama Volunteer dan Staff.
Persediaan Program Pure Heart 4.7 dari pagi Sabtu tersebut oleh staf-staf MVM dimana mereka telah hadir seawal jam 7 pagi demi memastikan peralatan semua lengkap
Seterusnya pada jam 8.00 pagi Volunteer telah ramai yang hadir untuk mendaftarkan diri sebelum melakukan kerja-kerja persediaan program. Mereka telah diberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti sepanjang program oleh Saudari Seri selaku Ketua Program.
Kemudian, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:
- Beras
- Cordial Sirap
- Bihun
- Susu Pekat Manis
- Serbuk Kunyit
- Gula pasir
- Ikan Bilis
- Cili Kering
- Bawang Merah
- Shampoo
- Sabun Mandi
- Colgate
- Bio Zip
- Berus Gigi
- Minyak Masak
- Kicap
- Sos cili
Setelah itu, Pada jam 10.00 pagi, bermula Slot Perkongsian oleh Pertubuhan Skuad Mencari & Penyelamat Malaysia (MYSAR) diikuti dengan pembungkusan barangan asas kotak Pure Heart oleh semua volunteer yang terlibat. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tempat oleh unit program MVM agar lebih teratur untuk volunteer-volunteer mengagihkan kotak-kotak ini kepada keluarga asnaf.
#VolunteerMVM sangat bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.
Sepanjang aktiviti pembungkusan kotak berlangsung, semua memberikan kerjasama yang sangat mantap dan padu demi perjalanan program untuk keluarga asnaf ini berjalan dengan jayanya.
Kepentingan Keselamatan Terhadap keluarga Sangat ditekankan Kali Ini.
Tema kali ini sangat ditekankan kepada keluarga asnaf kerana ianya berkaitan keselamatan terhadap keluarga dan masyarakat sekeliling jika ada berlaku kemalangan di kediaman sendiri atau dimana-mana. Bak kata pepatah, “malang tak berbau”
Dan pada slot ceramah kali ini, Pertubuhan Skuad Mencari & Penyelamat Malaysia (MYSAR) ini telah melakukan sesi praktikal bersama keluarga asnaf ini agar mereka dapat lihat situasi sebenar sekiranya ada berlaku kemalangan kepada mereka atau anak-anak mereka, mereka dapat atasinya sendiri dengan segera.
Sambutannya agak meriah kerana ada di antara mereka yang sudi membuat demo di atas pentas bersama MYSAR untuk membuat praktikal iaitu cara-cara menyelamat anak-anak dan dewasa jika mereka pengsan. Ilmu ini sangat bermanfaat untuk mereka amalkan demi keselamatan keluarga mereka sekeluarga.
Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 4.7, “Awas, Bahaya!” ini telah berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama #VolunteerMVM dan keluarga asnaf.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, volunteer-volunteer daripada MVM dan pelajar-pelajar daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang boleh dikatakan tersangat dan cukup awesome!
Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :