Delegasi Winter Mission Syria Ditahan oleh Tentera Lubnan

DELEGASI MISI DITAHAN OLEH TENTERA LUBNAN

Delegasi Winter Mission Syria kami yang diwakili oleh MVM, Global Peace Mission dan WeCare Brunei memulakan perjalanan ke Kem Pelarian Syria di Arsal, Lubnan. Kami diiringi oleh wakil NGO Lubnan sepanjang misi ini berlangsung. Perjalanan kami telah mengambil masa selama 6 jam menaiki van dari Katermaya ke Arsal sejauh 147km.

Detik yang mencemaskan berlaku apabila kami perlu melalui cross check tentera Lubnan untuk memasuki ke kem pelarian. Delegasi kami telah ditahan, diperiksa ketat dan disoal siasat akan tujuan kedatangan kami oleh tentera Lubnan selama 1 jam.

Kami telah pun mendapat kebenaran daripada pihak Intel Lubnan untuk menghantar bantuan kemanusiaan ini. Namun begitu, kekeliruan informasi telah berlaku antara pihak tentera menyebabkan sekatan berlaku ke atas kami.

Ia juga antara langkah keselamatan yang diambil oleh tentera Lubnan kerana terdapat pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab ke dalam kem pelarian yang berlaku baru-baru ini.

250 PEK MAKANAN SELAMAT DIAGIHKAN KEPADA 500 PELARIAN

Alhamdulillah, kami akhirnya berjaya tiba di kem pelarian Arsal pada jam 3.00 petang (waktu Lubnan) dan mengagihkan 250 pek makanan kepada 500 orang pelarian disini pada hari pertama di kem hari ini. Agihan bantuan pek makanan selesai pada jam 7.30 malam waktu tempatan Lubnan.

SEBAK DALAM HUJAN, SALJI, SEJUK MEMBEKU 

Semasa agihan bantuan makanan sedang giat dijalankan, cuaca semakin sejuk membeku, hujan renyai-renyai mula membasahi bumi dan salji turun. Saat ini, hati kami sebak melihat anak-anak kecil yang berpakaian nipis, dan tidak berkasut dalam cuaca yang sejuk hingga ke tulang ini !

Berbeza dengan kami yang berpakaian tebal, kasut bertutup, stokin berserta mafla. Allah, maafkan kami kerana masih ada hambaMu yang menderita kesejukan sedangkan kami masih amat selesa dengan kehidupan kami ?

Apa yang lagi menyedihkan hati kami, kami turut dihujani pertanyaan tentang bantuan berbentuk kewangan dari pelarian Syria ini.

PELARIAN SYRIA MUNGKIN DI HALAU

Kami baru dapat tahu bahawa mereka terpaksa membayar sewa tapak khemah yang mereka duduki ini kepada tuan tanah. Sekiranya mereka tidak membayar sewa tapak ini, kemungkin besar mereka akan dihalau tidak lama lagi. Luluh hati kami mendengar keluhan mereka ini. Apakan daya, hari ini kami hanya mampu membawa bantuan berbentuk makanan.

Sahabat, ini realiti sebenar pelarian Syria yang ramai masih belum tahu.

Sudahlah dihalau, dibunuh di negara sendiri. Lari menumpang negara orang lain, tidak semestinya hidup terjamin selamat. Bukan semua negara mampu memberi bantuan yang baik kepada mereka atas banyak faktor politik, ekonomi dan lain-lain.

Kita yang masih dikurniakan nikmat hidup yang baik dan selesa di Malaysia, sama-sama terus doakan dan hulurkan bantuan kepada saudara Islam kita ini. Semoga Allah meredhai dan memberkati usaha kita bersama walaupun sekecil zarah.

Teruskan hulurkan sumbangan anda untuk pelarian Syria, klik sini : bit.ly/wintersyria4
Bantuan anda mampu selamatkan nyawa mereka.

Laporan khas dari Kem Arsal oleh Cik Nusrah Rabihah, 30/12/2019

 

Lihat foto Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 4.0 : 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.