Pure Heart 6.1 (Fasa 2) Kini Kembali Dengan Norma Yang Baharu
Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu yang lepas iaitu 15 Ogos 2020, MVM telah menganjurkan Pure Heart 6.1 Bantuan Keluarga Miskin Bandar, Health Is Wealth” di Dewan D, PPR Lembah Subang. Seramai 150 keluarga asnaf telah diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 40 orang #VolunteerMVM demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Istimewa Pure Heart kali ini, MVM telah adakan slot ceramah kesihatan fizikal dan mental daripada Ketua Penolong Pengarah Kanan Komunikasi Strategik PEKA B40, Dr Muhammad Fairuz Bin Abdullah dan Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Binti Tengku Muda kepada keluarga PPR Lembah Subang ini. Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Encik Zuhairy dan Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), Datin Dr.Hajah Hartini Osman.
Selain itu juga, seperti biasa mereka akan menerima bantuan barangan asas makanan hasil daripada sumbangan awam rakyat Malaysia.
Dan untuk Pure Heart 6.1, keluarga ini juga telah diberikan sebuah al-quran yang telah diwaqafkan oleh beberapa hamba Allah yang baik hati.
Persediaan Program MVM Bersama VolunteerMVM
Persediaan Program Pure Heart 6.1 dari pagi Sabtu tersebut oleh staf-staf MVM dimana mereka telah seawal jam 8 pagi demi memastikan peralatan semua lengkap
Seterusnya pada jam 8.30 pagi Volunteer telah ramai yang hadir untuk mendaftarkan diri sebelum melakukan kerja-kerja persediaan program. Mereka telah diberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti sepanjang program oleh Saudari Seri selaku Ketua Program.
Kemudian, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:
- Beras
- Minyak masak
- Sunquick
- Santan Kara
- Gula pasir
- Serbuk kari
- Rempah ratus
- Cili kering
- Bawang Merah
- Ubi kentang
- Pisang
- Kicap
- Sos cili
- Ayam segar
- Facemask
- Hand sanitizer
- Al-quran (Muslim sahaja)
Setelah itu, Pada jam 9.00 pagi, bermula talk Kesihatan oleh Dr Muhammad Fairuz Bin Abdullah Ketua Penolong Pengarah Kanan Komunikasi Strategik PEKA B40 dan talk mental oleh To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Binti Tengku Muda, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diikuti dengan pembungkusan barangan asas Pure Heart oleh semua volunteer yang terlibat. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tempat oleh unit program MVM agar lebih teratur dan lebih strategic untuk volunteer-volunteer ini melakukan tugasan mereka,
#VolunteerMVM sangat bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.
Sepanjang aktiviti pembungkusan barangan asas berlangsung, semua memberikan kerjasama yang sangat mantap dan padu demi perjalanan program untuk keluarga asnaf ini berjalan dengan jayanya.
Tema Kali Ini Membawa Kesedaran Kepada Keluarga Yang Hadir Terhadap Isu Kesihatan Mereka
Syukur dengan cuaca yang baik dan cerah, program ini berjalan dengan lancar sekali.
Tema kali ini berkonsepkan kesihatan fizikal dan mental yang telah diadakan sesi talk kesihatan kepada keluarga di PPR Lembah Subang ini.
Menariknya sesi talk Dr Fairuz ini dimana beliau berkongsi cerita dan situasi sebenar pesakit-pesakit beliau yang pernah dirawat dan kesan tidak cakna akan kesihatan ini untuk kesedaran kepada keluarga ini agar lebih terjaga dan terkawal pemakanan mereka setiap hari.
Tidak kurang hebatnya Dr Elmi yang sangat bersemangat dalam memberikan perkongsiannya berkaitan kesihatan mental dimana cara mengawal stress, bagaimana berfikiran secara positif untuk keluar dari kepompong kesusahan dan berusaha untuk memiliki kejayaan yang diingini oleh setiap orang untuk kehidupan yang lebih baik.
Semoga dengan perkongsian mereka ini, keluarga penerima bantuan ini dapat mengambil iktibar dan jadikan ia sebagai satu semangat untuk mengubah hidup mereka kea rah yang lebih baik. Insha Allah.
Edaran Barangan Asas Dan Sebuah Alquran
Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Setelah selesai sesi talk kesihatan, semua keluarga diumum untuk keluar mengikut nombor masing-masing untuk mendapatkan barangan asas mereka supaya tidak berlaku keadaan yang begitu sesak dan mematuhi syarat penjarakkan sosial.
Selain diberikan barangan asas, mereka juga telah diberikan sebuah Al-quran kepada yang beragama Islam sahaja. Al-quran tersebut adalah hasil daripada hamba Allah yang telah sudi mewaqafkan kepada keluarga penerima bantuan Pure Heart ini. Terima kasih diucapkan.
Program Pure Heart 6.1, “Health Is Wealth” ini telah berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama #VolunteerMVM dan keluarga penerima bantuan.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas dan juga Volunteer MVM yang boleh dikatakan tersangat dan cukup awesome!
Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :