Mohd Fauzan Abdul Sukor
Mohd Fauzan adalah Pengarah Operasi di PCS Training & Consultancy, yang berpusat di Pelabuhan Klang, Selangor.
Beliau mempunyai 6 tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan, 6 tahun dalam bidang pendidikan, dan lebih 9 tahun dalam bidang perniagaan. Beliau telah dijemput sebagai panelis di TV Al-Hijrah, RTM, BERNAMA dan juga sebagai penceramah di pelbagai kampus universiti.
Semangat sukarelawan juga telah menjadikan beliau salah seorang Pengasas Bersama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia sejak 2014 dan pernah mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan di Syria, Lubnan dan Turki. Kini beliau telah dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi My Aqsa Defenders, sebuah gabungan NGO yang menyediakan bantuan kemanusiaan di Palestin serta menerajui Barisan Lembaga Pemegang Amanah MVM sebagai Pengerusi.
Khairul Naim Bin Mansor
Khairul Naim bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Kumpulan Media Karangkraf merangkap Editor Kanan Bahagian Penerbitan Al-Quran Karya Bestari sejak 2013. Beliau mula terlibat dalam bidang kesukarelawanan dan dakwah sejak 2013 dan merupakan antara pengasas bersama Muslim Volunteer Malaysia.
Mohd Khairul Zhafran Bin Abdul Wahid
Khairul Zhafran adalah seorang pengusaha perniagaan dalam bidang pemasaran digital sejak tahun 2012. Beliau merupakan pengasas Diginomad Ventures yang memiliki platform/hub digital, Lubook.my.
Bermula sebagai aktivis kemanusiaan sejak 2014 dengan menjadi sebahagian individu terawal bersama MVM, dan juga menubuhkan Volunteer Trip Malaysia (sebuah pertubuhan berasaskan kembara dan kesukarelawanan).
Nur Atiahanis Ahmad
Nur Atiahanis merupakan seorang juruteknik pemasangan elektronik di sebuah syarikat alat pendengaran yang membekalkan implan ke seluruh dunia dan juga pengasas Opah Design Studio dalam bidang seni ukiran laser sejak 2017.
Beliau mula terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan pada 2013 bersama Harian Islam, USTAF dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di bawah naungan Kumpulan Media Karangkraf dalam kerja-kerja kemanusiaan dan sukarelawan. Antaranya, program Charity Dakwah, Rumah Ngaji dan Wakaf Al-Quran.
Beliau terbabit dengan MVM sejak 2016 dan kini sebagai Bendahari Ahli Lembaga Pemegang Amanah MVM yang juga bertanggungjawab dalam aspek kewangan dan undang-undang.
Noorazian Binti Ghazalli
Mohd Fadhli Bin Mohd Noor
To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda
Kepakaran :
Kepimpinan
Kecerdasan Emosi & Kepuasan Kerja
Bimbingan & Kaunseling