#MVMROVERS

Jadi Sebahagian Daripada Perubahan.

Sertai sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia yang turun padang membantu komuniti — dari bantuan bencana hingga program kemanusiaan di seluruh negara.

Sukarelawan MVM bergambar beramai-ramai selepas program
1SUKARELAWAN MVM

Tak perlu jadi sempurna untuk membantu.

Berminat untuk menjadi sukarelawan bersama MVM? Lengkapkan Borang Volunteer MVM dan jadi sukarelawan rasmi kami. Anda akan dimaklumkan setiap kali ada program yang memerlukan bantuan.

⭐ Mata tambahan jika anda ada kemahiran:

  • Fotografi
  • Videografi
  • Keusahawanan
  • Fasilitator
  • Mengajar
  • Memasak
  • Melukis
  • Menulis
  • Menjahit
  • Membuat Kek
  • Membaiki Kenderaan
  • Perakaunan
  • Ilustrasi
  • Bahasa Isyarat
Sukarelawan MVM tersenyum semasa program
🤝

Bantu Komuniti

Turun padang dalam program kemanusiaan, bantuan bencana dan aktiviti komuniti.

🎓

Latihan & Kemahiran

Peluang menyertai latihan seperti First Aid & First Responder bersama MVM.

🌍

Rangkaian & Kesedaran

Kenali rakan sehaluan dan fahami isu kemanusiaan tempatan serta global.

Tak perlu jadi sempurna untuk membantu.
Dzulhakiem
Dari sukarelawan biasa kepada ketua program di Johor
Sertai MVM pada September, lengkapkan latihan First Aid pada Oktober.
Nana
Kini First Aider bertauliah
Aktiviti bermakna yang membina empati dan kesedaran.
Natrah
Sukarelawan MVM
Latihan pertolongan cemas bersama sukarelawan medik
2SUKARELAWAN MEDIK MVM

Kepakaran anda boleh selamatkan hari.

MVM kini memerlukan khidmat sukarelawan perubatan untuk program Green O' Go Bin. Setiap program memerlukan seorang sukarelawan perubatan untuk bertugas sebagai medik sekiranya berlaku kecemasan pada hari program.

⏱️
8 jam seharimasa bertugas
📜
Sijil E-Certsijil penghargaan
🍱
Makan & minumsarapan & tengah hari
Kriteria Sukarelawan
  1. 1Mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan / kesihatan
  2. 2Diutamakan Doktor, Medical Officer, Jururawat (Nurse) & Paramedik
  3. 3Pemegang kad / sijil First Aid, CPR atau BLS yang masih aktif — disenaraikan sebagai sukarelawan sokongan (backup) jika tiada Doktor / Pegawai Perubatan
  4. 4Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (kereta)
  5. 5Berkomitmen sepanjang program
  6. 6Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
  7. 7Boleh bekerja dalam pasukan dan mengikut arahan PIC
  8. 8Bertanggungjawab, berdisiplin dan menepati masa
Token · Volunteer Medik
RM150

Doktor, Medical Officer, Jururawat & Paramedik

Token · Bukan Medik
RM100

Pemegang kad / sijil First Aid, CPR atau BLS yang masih aktif

Proses Pemilihan
Temuduga Ringkas

Calon yang disenarai pendek akan melalui sesi temuduga bersama Felo Perubatan MVM.

🩺
Temuduga bersama Dr Shaliz, Felo Perubatan MVM daripada Klinik Zenmed.

Berminat menyumbang kepakaran anda? Daftar sekarang.

Daftar Sukarelawan Medik →

Sebarang pertanyaan, hubungi Puan Seri — 017-807 4144

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.