Bengkel Online ‘Intro To Psychological First Aid’ Eksklusif Untuk #VolunteerMVM Kini Dibuka
Kursus #VolunteerMVM 2021 adalah satu inisiatif Latihan Kesukarelawan Muslim Volunteer Malaysia yang lebih “fresh” dan holistik.
Pada tahun ini, kami masih mengekalkan objektif utama untuk memberi kefahaman kepada sukarelawan MVM tentang Visi, Misi, dan perjuangan Muslim Volunteer Malaysia sebagai sebuah badan NGO.
Disebabkan musim lockdown yang melanda di negara kita, kami di MVM mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel online khas buat #VolunteerMVM.
Menarik kali ini, MVM dan Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai bekerjasama dalam mengadakan bengkel online. Kami akan berkongsi dan membuka peluang kepada sukarelawan MVM yang menyertai bengkel ini untuk terlibat secara langsung dalam mempelajari dan mengendalikan tekanan atau situasi (emosi) yang dihadapi oleh seseorang di lapangan.
Pendaftaran dibuka kepada 100 orang sukarelawan MVM dan orang awam yang berminat sahaja bagi Bengkel Psychological First Aid ini.
Lokasi, masa & tempat:
- Hari : Sabtu
- Tarikh : 26 Jun 2021
- Waktu : 9.00 pagi – 12.00 Tengahari.
- Tempat: Facebook Group Muslim Volunteer Malaysia.
Jom daftarkan diri sekarang dengan tekan link dibawah:
- Link pendaftaran: https://forms.gle/ytwruqG6Fw83LLBZA