Ramadan Indahnya

Penulis – Jie

“Kita akan mula rewang jam sembilan pagi, selepas briefing.”

Semua sukarelawan yang dari tadi tertunggu-tunggu arahan mula faham selepas seorang staf menjawab soalan salah seorang sukarelawan yang bertanya. Sementara menunggu sesi briefing, tak ada yang duduk diam. Kalau bukan memasang bunting, khemah, menaikkan banner di hadapan tempat memasak, tetap ada sukarelawan yang mengangkat, menyusun meja, kerusi termasuk menghamparkan tikar untuk kerja-kerja merewang sehinggalah menyusun peralatan di atas meja dan tikar. Jelas, setting ‘saya tahu nak buat apa’ sudah ada di dalam diri semua yang hadir pada hari tersebut.

Permulaan program berlangsung dengan kerja-kerja yang mengikut jadual iaitu menyediakan bahan-bahan bubur lambuk. Diikuti dengan proses memasak yang dibimbing oleh chef jemputan Puan Haslinda. Setelah siap masak iaitu sekitar tengah hari, proses memindahkan ke dalam hampir seribu bekas dan menunggu bubur lambuk sejuk pun bermula. Bermakna, ada waktu senggang untuk berehat selepas sedikit penat sementara menunggu waktu agihan pada pukul 3 petang.

Eksperimentasi Peribadi

Ternyata berehat di hentian bas lama tanpa kemudahan yang baik seperti di hentian ini tidak mudah. Panas kerana kekurangan kipas, tandas serta surau yang agak jauh, tiada kerusi selesa untuk bersandar, ia terasa sangat asing buat kami. Dalam masa yang sama, waktu senggang ini seolah-olah memberi ruang kepada sesiapa yang mahu mengamati dengan hati, apakah perasaannya bereksperimentasi sebagai gelandangan dalam tempoh sehari. Sebahagian daripada kami ada yang cuba merasakan keadaan ini, ternyata terngiang-ngiang ayat Allah dalam surah Ar-Rahman saat membayangkan satu demi satu nikmat keselesaan. Lebih-lebih lagi, dalam bulan Ramadan.

Berdua, Bertiga Lebih Baik

Di sebalik kekurangan yang ada dari segi kemudahan, program tetap rancak dengan penglibatan aktif rakan kerjasama iaitu Rumah Kaseh selaku organisasi yang menguruskan ruang rakan jalanan di hentian bas ini. Selain Rumah Kaseh, program ini turut menarik khidmat dan minat i-Care, satu lagi NGO setempat yang memfokuskan bantuan kepada golongan asnaf di samping beberapa NGO setempat yang lain.

Kami juga beruntung kerana projek Ramadan Indahnya ini turut disertai oleh ikon kami iaitu Nana Mahazan dan In-Team yang sepanjang masa bertenaga serta peramah mengendalikan slot mereka bersama-sama sukarelawan yang hadir.

Walaupun aktiviti sebenar program ini adalah agihan bubur lambuk dan makanan berbuka puasa kepada gelandangan dan komuniti di sekitar Hentian Bas Pelabuhan Klang, ia tidak sekadar itu. Bersama-sama sukarelawan yang masih ada serta rakan kerjasama, MVM meneruskan program dengan iftar beramai-ramai serta solat terawih berjemaah. Semoga dengan kehadiran kami menghidupkan hentian bas ini dapat membantu menampakkan fungsi Rumah Kaseh yang kini dibuka untuk gelandangan sekitar.

Gambar aktiviti program lihat disini :

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.