3 Petugas MVM Bersama 6 Sukarelawan THV Berangkat Ke Long Busang Bagi Misi Bantuan Kecemasan Fasa 2

3 Petugas MVM Bersama 6 Sukarelawan THV Berangkat Ke Long Busang Bagi Misi Bantuan Kecemasan Fasa 2

Kuala Lumpur International Airport 2 | 5.50 A.M – 3 Petugas MVM dan 6 orang Sukarelawan THV telah berangkat ke Sibu dan telah meneruskan perjalanan ke Kapit dan terus ke perkampungan Long Busang pada 15 November 2019.

Misi kali ini adalah untuk memberi bantuan dari segi alat bantuan mengajar dan kebersihan diri iaitu sumbangan rakyat Malaysia untuk Sarawak. Petugas MVM bersama sukarelawan THV telah menghantar sendiri bantuan mengajar iaitu 5 buah laptop dan sebuah projector serta pek back to school kepada anak-anak di sana. Juga pek hygiene kit untuk keluarga disana.

Untuk makluman semua, Banjir yang berlaku ini telah memusnahkan harta benda sekolah dan barang milik penduduk. Bangunan SK Long Busang turut ditenggelami air hampir mencecah ke paras bumbung. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka seperti mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Seterusnya, mereka di Kapit telah membeli barangan sumbangan ini di kedai Ling’s Enterprise berdekatan di pekan Kapit tersebut.

Sejak kempen ini dibuka pada 31 Oktober 2019, MVM telah berjaya mengumpul dana sumbangan sebanyak RM 20,309 bagi Bantuan Back To School (Alat Tulis dan Beg Sekolah), Bantuan Alat Bantu Mengajar (Projektor Dan Laptop), dan Hygiene Kit (Sabun, Berus Gigi, Ubat Gigi, Shampoo).

Sekali lagi kami ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas dalam menjayakan misi kali ini. Harapan kami di MVM adalah bantuan ini tidak terhenti disini sahaja. In sha Allah, lebih banyak perancangan bantuan yang ada pada masa akan datang bagi membantu mereka yang memerlukan.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.