3 Sukarelawan MVM Berangkat Bagi Misi Winter Mission “Syria Kami Datang 2.0”

3 Sukarelawan MVM Berangkat Bagi Misi Winter Mission “Syria Kami Datang 2.0”

Kuala Lumpur International Airport | 2.00 AM – Awal tahun 2018 MVM dimulakan dengan menghantar wakil MVM iaitu saudara Muhammad bin Jantan Presiden MVM, Mohd Haniff Ketua Media, Syed Zainal Abidin Ketua Program MVM bagi Misi Winter Mission “Syria Kami Datang 2.0”

Syukur kepada Illahi, setelah 2 bulan sumbangan winter ini dibuka, Muslim Volunteer Malaysia telah berjaya mengutip dana sebanyak RM200,000, dan akan terus dihantar bagi membeli kelengkapan bantuan musim sejuk buat saudara Syria kita yang sedang berdepan dengan suhu sejuk yang melampau.

Jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan ikhlas dan sokongan padu pada kempen misi kemanusiaan Syria pada kali ini.

Misi bantuan ini adalah kerjasama diantara Muslim Volunteer Malaysia bersama Malaysia Life Line For Syria – MLLFS.

Mohon doa daripada anda dan seluruh rakyat Malaysia, agar misi bantuan kali ini dipermudahkan Allah swt dan selamat daripada sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Doakan juga semoga wakil MVM dapat menghantar terus bantuan masuk ke dalam Syria dengan selamat.

Semoga Allah swt merahmati semua sukarelawan yang terlibat pada misi kali ini. Amin.

Bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai Misi Winter Mission “Syria Kami Datang 2.0” ini, anda boleh ikuti di laman rasmi Facebook Muslim Volunteer Malaysia – MVM.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.