4 Sukarelawan MVM Berangkat Bagi Misi Bantuan Kecemasan : Winter Mission Syria 3.0

4 Sukarelawan MVM Berangkat Bagi Misi Bantuan Kecemasan : Winter Mission Syria 3.0

Kuala Lumpur International Airport 1 | 11.30 PM – 4 Sukarelawan MVM telah berangkat ke Istanbul malam tadi dan akan meneruskan perjalanan ke Gaziantep, Turki bagi membawa harapan dan dana sumbangan rakyat Malaysia untuk pelarian Syria yang sedang berhadapan dengan musim sejuk melampau. Kali ini, Muslim Volunteer Malaysia telah bekerjasama dengan badan NGO, Global Peace Mission, (GPM) Malaysia untuk menghantar bantuan kepada mangsa di sana.

Alhamdulillah, tengahari tadi 17/1/2019 bersamaan pukul 6.30 pagi waktu tempatan di sana mereka telah selamat tiba di Istanbul Ataturk Airport  dan menunggu untuk penerbangan seterusnya ke Gaziantep. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka seperti mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Seterusnya, mereka akan ke pejabat urusan rakan NGO Turki iaitu Bonyan bagi taklimat dan perbincangan lebih lanjut mengenai misi Syria Winter Mission 3.0 ini.

Sejak kempen ini dibuka pada bulan November tahun lepas, MVM telah berjaya mengumpul dana sumbangan sebanyak RM152,270 bagi menghantar bantuan Pek Makanan dan Baju Sejuk. Namun kami masih memerlukan RM147,730 lagi bagi mencapai sasaran utama iaitu sebanyak RM300,000.

Mari semua, kami masih membuka peluang kepada anda untuk turut sama membantu mangsa pelarian Syria di sana. Sesungguhnya mereka amat-amat memerlukan bantuan kita di saat ini. Kami menyediakan 2 pilihan platform untuk memudahkan anda menghulurkan sumbangan.

1) Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

? Maybank (56480 164 7699)
? CIMB Islamik (8602 5378 07)
? Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Email : account@mvm.org.my

2) Sumbangan secara online di Website Donation MVM – https://donationmvm.org/donations/winter-mission-syria-here-we-come-3-0/

MVM mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan yang turut mendoakan bagi misi ini, semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika tanpa doa dari rakyat Malaysia.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.