5 Ikon Dipilih Dalam Sidang Media Perlantikan Ikon dan Winter Mission

5 Ikon dipilih Dalam Sidang Media Perlantikan Ikon dan Winter Mission

Pada 6 Disember 2018, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) telah mengadakan Sidang Media Perlantikan Ikon bagi tahun 2019/2020 dan Winter Mission 3.0 bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam.

Bagi Misi Bantuan Kecemasan Winter Mission 3.0 MVM telah bersepakat untuk bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) bagi membantu menyalurkan bantuan Baju Sejuk dan Kotak Makanan kepada 6,000 rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep, Syria – Turki.

MVM akan menjalankan kempen pengumpulan dana ini melalui media sosial (crowd funding) selama 2 bulan mulai bulan November untuk mengumpul dana sebanyak RM 300,000 bagi tujuan misi ini. Kami juga mengalu-alukan sumbangan atau tajaan dari badan-badan korporat.

Buat pengetahuan semua, MVM dijangka akan menghantar sukarelawan bagi menghantar sendiri bantuan kepada mereka yang memerlukan disana pada 16 hingga 25 Januari 2019 bersama sukarelawan dari GPM. Alhamdulillah, pada misi yang pertama MVM telah berjaya menghantar RM100,000 bantuan yang merangkumi bantuan kit musim sejuk dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS).

Pada awal Januari 2018 yang lalu pula (misi yang kedua), sekali lagi MVM bekerjasama dengan MLLFS telah menghantar bantuan sejumlah RM 200,000 yang merangkumi bantuan Baju Sejuk, Selimut dan Susu Bayi. Bantuan yang diberikan dapat memberi manfaat kira-kira kepada 3000 pelarian di Kem Pelarian Syria di Turki dan Syria.

Tuntasnya, jika misi bantuan pada tahun ini berjaya dilaksanakan, jumlah keseluruhan dana yang telah dihantar adalah sebanyak RM600,000. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas boleh layari website donation MVM di www.donation.org.my

Melihat ruang dan peluang ini, MVM berbesar hati untuk mengadakan hubungan strategik dengan selebriti dan usahawan terkemuka di Malaysia dari pelbagai latar belakang yang secara umummnya dapat memberi impak ikutan masyarakat dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan. Hubungan strategik ini juga memberi peluang kepada selebriti yang ingin mempengaruhi aspek sosial masyarakat dalam melaksanakan aktiviti kebajikan ini sebagai contoh ikutan sehingga generasi akan datang.

Ini kerana kemajuan teknologi dalam bidang komunikasi telah mempercepatkan segala gerak-geri dan perkongsian mereka sehingga ke serata dunia dalam masa yang singkat. Ikutan masyarakat sesetengah selebriti melalui laman media sosial mampu mempengaruhi masyarakat dalam segala bentuk hebahan yang ditularkan. Hebahan yang berbentuk positif disusuli semangat dalam kehidupan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan akan memberi impak yang besar kepada masyarakat hari ini terutamanya anak-anak muda yang mula cakna dengan isu semasa yang ditularkan.

Sidang media kali ini merupakan hari yang bertuah kepada MVM dan juga barisan-barisan selebriti seperti Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim (Personaliti Dakwah Malaysia), Noorsyarmilla Binti Jirin (Penyanyi dan Usahawan), Kumpulan Inteam (Nasyid Berkumpulan Malaysia), Dai’ Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua) dan Puan Ernayanee Binti Nur Julaimi (CEO De’Xandra) bersetuju untuk bekerjasama menjadi Ikon MVM 2019 dan bersedia memainkan peranan dalam menyebar kebaikan kepada masyarakat tempatan.

Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali yang ke-3 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air. Tahun 2017, MVM telah berjaya bekerjasama sehingga kini bersama dengan Dato’ Fadzilah Mohamad Kamsah, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Diana Amir dan Azmi Saat.

Terima kasih kepada semua #VolunteerMVM dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sidang media ini.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.