5 Sukarelawan Berangkat Bagi Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya

Oleh Ros Atiqah Fatin Abdullah : 9 November 2017

5 Sukarelawan Berangkat Bagi Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya

Kuala Lumpur International Airport 2 | 10.10 PM – Setelah sebulan kami di Muslim Volunteer Malaysia membuka Tabung Anak Muda Peduli Rohingya, alhamdulillah hari ini 9 November 2017 (Khamis), 5 anak muda telah berangkat untuk menghantar bantuan ke Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh. Sukarelawan untuk misi kali ini adalah Muhammad bin Jantan Presiden Muslim Volunteer Malaysia – MVM, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman Presiden Tangisan Syria Di Bumi Jordan – TSDBJ, Mohd Iqbal Bin Ahmad sukarelawan TSDBJ, Ahmad Zikri Mohamad Zuki wakil Malaysian Humanitarian Aid and Relief – MAHAR, dan Syed Azwan Syed Ali sebagai jurnalis Malaysia.

Kutipan sumbangan ini akan dibahagikan kepada Bantuan Utama iaitu untuk membina Shelter bagi pelarian Rohingya, dan juga bantuan Food Basket kepada lebih 1,000 orang penerima manfaat.

Misi bantuan ini adalah kerjasama diantara Muslim Volunteer Malaysia bersama Tangisan Syria Di Bumi Jordan dengan membawa jumlah bantuan RM213,273 kepada pelarian Rohingya yang kini sedang menderita.

Kami memohon doa daripada anda dan seluruh rakyat Malaysia, agar misi bantuan kali ini dipermudahkan Allah swt dan selamat daripada sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Semoga Allah swt merahmati semua sukarelawan yang terlibat pada misi kali ini. Amin.

Bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya ini, anda boleh ikuti di laman rasmi Facebook Muslim Volunteer Malaysia – MVM.