6 Sukarelawan MVM Berangkat Untuk Konvoi Perpaduan Ambulans ke Syria

6 Sukarelawan MVM Berangkat Untuk Konvoi Perpaduan Ambulans ke Syria.

Syukur kepada Illahi, semalam sekali lagi Muslim Volunteer Malaysia telah mencipta detik-detik bersejarah di mana 6 orang sukarelawan MVM telah berangkat untuk Konvoi Perpaduan Ambulans ke Syria petang tadi. Tujuan utama konvoi adalah untuk menghantar kira-kira 100 ambulans lengkap dengan keperluan perubatan ke Syria.

Alhamdulillah, Muslim Volunteer Malaysia telah berjaya mengutip dana sebanyak RM200,000 bagi pembelian 2 buah ambulans. Tempoh masa yang diambil untuk kutipan dana ini adalah hampir 1 bulan dimana ia telah dibuka sejak 18 Mac 2017 dan ditutup pada 15 April 2017.

Jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan ikhlas dan sokongan padu pada kempen misi kemanusiaan Syria pada kali ini.

MVM bersama dengan NGO lain dari Malaysia seperti Malaysia Lifeline for Syria, Global Peace Mission Malaysia dan Humanity Heroes akan berkumpul di United Kingdom dan menyertai 150 sukarelawan antarabangsa dari Australia, Jerman, Indonesia dan lain-lain. Mereka dijangka akan berkonvoi memandu 100 buah ambulans merentasi negara-negara Eropah sehingga memasuki Idlib, Syria. Konvoi ini akan bermula pada 24 April 2017 nanti.

Kesemua sukarelawan adalah berumur antara 19 tahun hingga 35 tahun terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti usahawan, aktivitis kemanusiaan sepenuh masa, guru, pelajar dan lain-lain. Misi Konvoi Perpaduan 100 buah Ambulans dari United Kingdom ke Syria ini adalah satu inisiatif satu badan NGO yang berpusat di United Kingdom dan Malaysia Lifelife of Syria telah bertindak sebagai koordinator di peringkat serantau.

Kami mohon doa ikhlas daripada anda agar misi ini berjalan lancar, diberkati dan dilindungi Allah daripada segala perkara yang tidak diingini berlaku. Amin.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.