Bantuan Salam 2020: PKP Tidak Halang Rezeki Maklang

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah masuk fasa keempat. Bermula sejak 18 Mac 2020 hingga artikel ini ditulis, ini merupakan norma baharu yang perlu kita biasakan seperti dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapan beliau.

MVM bekerja di rumah atau singkatan yang popular ketika ini iaitu Work From Home (WFH). Segala pergerakan program perlu dihadkan dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sebelum PKP, tim MVM sendiri berkunjung ke rumah penerima bantuan untuk melihat sendiri keadaan individu dan keluarga penerima bantuaan serta menjalankan temu bual. Penerima bantuan pertama Bantuaan Salam pada tahun ini, Puan Norhaiyah Mamat atau lebih mesra disapa Maklang yang telah disantuni pada awal Januari yang lepas.

Penerima Bantuan Pertama

Maklang seorang suri rumah sepenuh masa berusia 52 tahun juga seorang pesakit injap jantung telah dibantu melalui kempen Bantuan Salam “Moga Maklang Terus Kuat!” telah dilancarkan pada hujung bulan Febuari 2020.

Maklang diberikan katil hospital, monitor tekanan darah dan tilam sokongan tulang belakang. Walaupun ketiga-tiga barangan tersebut tidak membantu secara terperinci bagi mengubati penyakit injap jantungnya, tetapi sekurang-kurangnya dapat memberikannya keselesaan yang lebih baik.

Alternatif Serahan Bantuan

Sepatutnya, MVM akan membuat serahan bantuan barangan perubatan tersebut kepada Maklang pada 24 Mac 2020. Namun ketika itu, PKP fasa pertama telah pun bermula, tim Bantuan Salam mencari inisiatif lain dalam menyampaikan bantuan tersebut.

Dengan adanya kemudahan teknologi masa kini, tim Bantuan Salam menggunakan khidmat pemandu Grab untuk menghantar monitor tekanan darah dan kit pembersihan seperti sabun badan, cecair sanitasi dan topeng muka kepada Maklang. Ia adalah kali pertama dilakukan sepanjang menjalan projek Bantuan Salam.

Maklang berkata; “Alhamdulillah Encik Im, semua barang dah dapat. Maklang ucap terima kasih sangat, moga rezeki yang menderma akan lebih dimurahkan”.

Maklang duduk di atas katil hospital yang disumbangkan

 

Moga Maklang Terus Tersenyum

Kami tahu bahawa Maklang telah menerima barangan perubatan tersebut dengan senang hati. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada rakyat Malaysia yang menyumbang.

Akhir kata, walau apa pun situasi yang kita hadapi sekarang, ia bukan halangan untuk membantu mereka yang memerlukan. Setiap golongan masyarakat harus memainkan peranan masing-masing. Kita akan dapat harunginya bersama. #kitajagakita

Jika anda ingin menyumbang kepada insan-insan yang memerlukan, anda boleh hulurkan sumbangan anda di https://donationmvm.org/donations/bantuan-salam-mvm-2019/. Sumbangan anda amatlah dihargai oleh kami, semoga Allah membalas jasa.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.