” Berilah Kami Kail Untuk Memancing Ikan…..” – Keluhan Hati Sang Suami

jejak mahabbah

“Berilah kami kail untuk memancing ikan pula…. “

Ini antara kata-kata suami Puan Manissa yang tidak lagi mampu bergerak sehingga menyentuh hati kami apabila cuba menyelami perasaan keluarga ini yang hidup serba kekurangan dan kedaifan. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau masih ingin berusaha untuk mengubah nasib keluarga dan tidak mahu lagi mengharapkan bantuan daripada orang ramai. Mereka juga kerap kali memberitahu kami agar suatu hari nanti mereka turut ingin menjadi orang yang menghulurkan bantuan kepada orang lain yang lebih susah pula. Mari kita sama-sama doakan harapan keluarga ini tercapai satu hari nanti. Baca kisah Puan Manissa sekeluarga di sini.

jejak mahabbah

Dalam post kali ini, kami ingin kongsikan kronologi program ad-hoc Muslim Volunteer Malaysia iaitu Jejak Mahabbah bersama Keluarga Puan Manissa. Syukur, alhamdulillah perjalanan program ini dipermudahkan Illahi serta menerima sambutan yang sangat baik daripada orang awam, selebriti dan para sukarelawan MVM. Berikut adalah kronologi misi bantuan keluarga Puan Manissa.

Kronologi Jejak Mahabbah – Puan Manissa & Keluarga 

8 Oktober 2016 

Keluarga MVM telah menerima satu kejutan pesanan ringkas WhatsApp daripada Puan Manissa yang telah menceritakan tentang penderitaan keluarga beliau. Beliau memberitahu kami tentang suaminya yang menghidap sakit saraf dan gout yang kritikal. Suami beliau tidak lagi mampu berdiri lama dan telah terlantar hampir 6 bulan. Kini, beliau merupakan tulang belakang keluarga. Pasangan ini dikurniakan 5 orang cahaya mata berusia 11 tahun hingga 2 bulan.

jejak mahabbah 14590392_843225155780124_4625049260724665718_n

Kami juga dimaklumkan bahawa Puan Manissa tidak lagi mempunyai ahli keluarga lain di mana ibubapa dan adik-beradik beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan maut. Dengan itu, hanya suami tempat beliau bergantung hidup dan anak-anak yang menjadi sebab beliau terus kuat semangat untuk meneruskan kehidupan.

Kejujuran Puan Manissa dan keluarganya serta dengan izinNya telah menggerakkan hati pihak Muslim Volunteer Malaysia untuk mengenali keluarga ini dengan lebih dekat. Oleh itu, kami telah mengaturkan pertemuan untuk pertama kali bagi mengetahui lebih lanjut bantuan yang diperlukan oleh keluarga ini.

11 Oktober 2016

Pada 11 Oktober 2016, kami di Muslim Volunteer Malaysia telah membuat lawatan untuk kali pertama ke rumah keluarga Puan Manissa di Kuang, Rawang. Perjalanan hampir satu jam dari Puchong menimbulkan banyak tanda tanya tentang keadaan sebenar keluarga ini. Setelah tiba dirumah keluarga Puan Manissa, melihat keadaan rumah pusaka yang telah usang yang didiami oleh keluarga ini membuatkan kami seakan dapat memahami dan merasai penderitaan hidup mereka.

jejak mahabbah

Pada lawatan pertama ini, kami mengambil peluang untuk mengenali latar belakang keluarga ini. Puan Manissa merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan suami beliau adalah seorang bekas tentera. Kehidupan beliau mula menimpa kesusahan apabila suami Puan Manissa mengidap sakit saraf dan tidak lagi mampu bekerja untuk sara keluarga. Semasa beliau masih sihat, suami Puan Manissa bukan sahaja bekerja sebagai tentera tetapi beliau juga berniaga cendol secara kecil-kecilan. Namun selepas ditimpa sakit, beliau terpaksa berhenti kerja dan berniaga dan membawa keluarga ini berpindah ke kampung di Kuang sehingga hari ini.

jejak mahabbah

Demi meneruskan kehidupan, selain menerima pencen dan bantuan zakat, Puan Manissa mengambil upah melipat kain jiran-jiran tetangga. Walau bagaimanapun, ia masih tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan anak-anak dan keluarga.

13 Oktober 2016

Pihak MVM telah mengenalpasti bantuan-bantuan yang diperlukan oleh keluarga ini. Selain itu, MVM juga telah membantu menyelesaikan tunggakan bil elektrik dan air. Setelah mengumpul maklumat mencukupi tentang keperluan keluarga ini, pihak MVM telah mengambil inisiatif untuk membuka kempen bantuan. 3 Kempen bantuan telah dibuka pada orang awam iaitu bantuan perubatan, bantuan persekolahan dan bantuan perniagaan.

  1. Bantuan Perubatan dan Tunai – Sasaran RM3330
  2. Bantuan Perniagaan – Sasaran RM2600
  3. Bantuan Persekolahan – Sasaran RM 2470

jejak mahabbah

Syukur kepada Tuhan yang telah memudahkan segala urusan, hanya selama 3 hari kempen dibuka, kami telah berjaya mencapai target sasaran sebanyak RM8,400. Pihak MVM telah membeli alatan persekolahan untuk anak-anak Puan Manissa dan juga membeli peralatan perniagaan cendol bagi membolehkan beliau memulakan kembali perniagaan cendol. Ia sebagai satu inisiatif agar beliau mampu menjana pendapatan sendiri pada masa akan datang.

jejak mahabbah

20 Oktober 2016

Tanggal 20 Oktober 2016 adalah hari paling membahagiakan bagi Puan Manissa dan keluarga. Muslim Volunteer Malaysia telah membuat kunjungan kali ke-2 untuk menyerahkan bantuan yang telah berjaya dikumpulkan. Antara bantuan yang diserahkan adalah barangan kelengkapan rumah seperti peti sejuk, peralatan sekolah seperti baju sekolah, kasut, dan beg sekolah serta kelengkapan perniagaan cendol seperti meja, kerusi, mesin pengisar ais, payung, dan sebagainya. Selain itu, wang tunai untuk perbelanjaan harian juga telah diberikan.

jejak mahabbah

Lebih istimewa pada hari tersebut, Puan Manissa dan keluarga telah menerima kunjungan mengejut daripada selebriti terkenal Heliza Helmi dan keluarga. Heliza Helmi dan keluarga telah berbesar hati untuk menziarahi keluarga ini dan telah memberi sumbangan untuk makan tengah hari kepada keluarga Puan Manissa dan semua sukarelawan yang terlibat.

jejak mahabbah

22 November 2016

Pada 22 November 2016, kami di MVM telah menziarah Puan Manissa dan keluarga untuk membantu beliau menguruskan pembayaran yuran sekolah agama anak-anak beliau. Kami juga mengambil peluang ini untuk mengikuti perkembangan lanjut Puan Manissa dan keluarga. Seterusnya, kami telah menyerahkan semua baki sumbangan wang tunai yang diterima dari orang ramai. Sumbangan wang tunai ini bagi menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak Puan Manissa dan juga membolehkan beliau mempunyai sedikit modal untuk memulakan perniagaan cendol dan nasi lemak dalam masa terdekat. In sha Allah, kami di MVM akan membantu Puan Manissa untuk membuat promosi perniagaan beliau di media sosial.

jejak mahabbah

Syukur pada Illahi, program Jejak Mahabbah ini telah berjaya direalisasikan dengan lancar. Marilah kita sama-sama mendoakan keluarga Puan Manissa diberkati dan diberi kesenangan olehNya.

Terima kasih kepada para sukarelawan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam projek Jejak Mahabbah ini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang “Jejak Mahabbah 3.0” :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.