Dari Masjid Ke Pusat Serenti, 34 Lokasi Telah Selamat Disanitasi

Oleh Adnin : 28 September 2020

MESKIPUN kadar jangkitan harian COVID-19 kini berada di paras yang terkawal, namun usaha membasmi penularan wabak masih lagi berterusan.

Setiap hari kerajaan menyeru kepada rakyat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam masa sama, kerja-kerja sanitasi di beberapa lokasi bertumpu masih lagi dijalankan, termasuklah institusi ibadat seperti masjid dan surau.

Skuad sanitasi Taharah COVID-19 MVM kini menerjah ke Pahang

Pada 5 hingga 8 September lalu, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) bersama rakan kerjasama Kengkawan Project meneruskan misi sanitasi mereka di beberapa masjid dan surau di tiga wilayah di Pahang.

Projek kebajikan kebersihan itu turut mendapat kerjasama oleh syarikat yang menyediakan khidmat sanitasi, iaitu Wonder Klean.

Terdapat 34 lokasi yang disasarkan dalam misi sepanjang empat hari ini, melibatkan sembilan di Bentong (5 Sept), 12 di Raub (6 Sept) dan 13 di di Kuala Lipis (7 & 8 Sept).

Lima daripadanya adalah masjid-masjid terpilih manakala 29 lagi terdiri daripada surau-surau kawasan.

Sepanjang empat hari ini, Kengkawan Project dan Wonder Klean memulakan terlebih dahulu misi sanitasi pada 5 dan 6 Sept, manakala MVM turut serta pada 7 dan 8 Sept berikutnya.

Misi bermula seawal Subuh

Tepat pukul enam pagi pada 7 Sept, empat kru termasuk seorang sukarelawan berkumpul di ibu pejabat MVM di Bandar Puchong Jaya.

Aniq selaku ketua projek, diiringi kru media, Hairuddin dan Wan bersama sukarelawan, Muszafar menjadi wakil MVM untuk berangkat ke Benta, Lipis pada pagi itu.

Operasi sanitasi dimulakan di Masjid Baru Benta pada 9 pagi.

Turut serta di lokasi berkenaan adalah kru Kengkawan Project dan Wonder Klean.

Suasana ketika program berlangsung. Gambar: MVM

Kerja-kerja sanitasi yang dijalankan adalah sama seperti lokasi-lokasi sebelum ini, termasuk di sekitar Semenyih pada misi terdahulu.

Bezanya, kali ini dimulakan dengan misting process terlebih dahulu, kemudian diikuti oleh wiping.

Operasi sanitasi diteruskan ke dua lagi lokasi pada pagi itu, iaitu di Surau Al-Hidayah, Taman Sri Tempoyang, Surau Sungai Kerpan 3 dan Surau As-Syakirin Kuala Lipis.

Suasana ketika program berlangsung. Gambar: MVM

Manakala pada sebelah petangnya pula adalah di Surau Ar-Rahman Taman Emas dan Surau An-Nur, Taman Pertama.

Pada malamnya pula, kesemua kru dari MVM mengambil ‘peluang’ untuk berehat dan bermalam di sebuah homestay di sana.

Misi bersambung

Keesokan harinya, semua kru misi bertolak ke Lubok Kulit di Kuala Lipis seawal 8 pagi.

Lokasi sasaran sanitasi seterusnya pada hari itu adalah di Masjid Lubok Kulit, Surau Al-Amin, Kampung Lubok Kulit, Surau Darul Al-Ikhwan dan Masjid Kampung Bercham.

Sejurus tiba waktu Zuhur, operasi dihentikan sementara untuk mereka bersolat, berehat dan menjamah makanan tengah hari.

Suasana ketika program berlangsung. Gambar: MVM

Kemuncak misi

Misi diteruskan lagi ke lokasi seterusnya, kali ini bukan di masjid, bukan juga di surau, tetapi di tempat ‘pemulihan’ manusia.

Lebih kurang pukul 1.35 petang, mereka bergerak menuju ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Benta.

Sedikit info mengenai PUSPEN Benta, ia pada asalnya adalah kem Polis Gerakan Am (PGA) atau sinonim dengan panggilan ‘polis hutan’.

Suasana ketika program berlangsung. Gambar: MVM

Bagaimanapun, kerajaan telah menukar fungsi dan statusnya menjadi Pusat Serenti Benta pada 1996, merujuk kepada portal GovServ.

Difahamkan, pergerakan operasi sanitasi di sana agak ‘ketat’, berikutan sebarang rakaman gambar dan video oleh kru media MVM tidak dibenarkan.

Sanitasi dijalankan di Masjid Al-Kahfi di dalam Kawasan PUSPEN tersebut, diikuti surau kuarters kakitangan.

Suasana ketika program berlangsung. Gambar: MVM

Operasi berakhir kira-kira pukul 3 petang, diakhiri dengan sesi ucapan penghargaan Bersama pihak PUSPEN, Kengkawan Project dan Wonder Klean.

Lebih kurang pukul 3.35 petang, misi Taharah COVID-19 secara rasminya berakhir dan semua kru terlibat bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Suasana ketika program berlangsung. Gambar: MVM

Foto-foto sepanjang program:

Gambar: MVM

Gambar: MVM

Gambar: MVM

Gambar: MVM

Gambar: MVM

Gambar: MVM

Gambar: MVM

Gambar: MVM

Gambar: MVM

Gambar: MVM

 

Gambar: MVM

Begitulah perjalanan program Taharah COVID-19 Sanitasi Masjid & Surau yang telah berlangsung dengan jayanya pada 5 hingga 8 September lalu.

Pergerakan mereka bukan mudah. Dalam keadaan ekonomi negara yang baru sahaja hendak pulih, mereka amat menagih sumbangan ikhlas daripada orang awam untuk menampung segala kos yang diaturkan.

Dan ternyata, ianya bukan mustahil. Meskipun Malaysia masih berhadapan dengan pandemik, namun rakyatnya masih bermurah hati untuk membantu daripada sudut kewangan serta sokongan.

Tidak dilupakan, terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, rakan kerjasama, kru, sukarelawan, pihak masjid dan sebagainya atas segala usaha sama yang diberikan.

Semoga kebaikan yang anda hulurkan akan dibalas dengan ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.

Dan semoga wabak COVID-19 ini akan berakhir tidak lama lagi agar kita semua dapat kembali ke kehidupan yang normal.

Teruskan berbuat baik. Kita semua frontliner!