Edisi Khas Pure Heart : “Kursus Pengurusan Jenazah Beri Kesedaran Tanggungjawab Sebagai Muslim”

Edisi Khas Pure Heart :“Kursus Pengurusan Jenazah Beri Kesedaran Tanggungjawab Sebagai Muslim”

Alhamdulillah, MVM bersama Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah kepada keluarga asnaf dan terbuka juga kepada orang awam di Sekolah Kebangsaan Puchong Indah.

Seramai hampir 50 orang telah menyertai program ini. Program ini juga telah dibantu 7 orang #VolunteerMVM bagi menyediakan peralatan secukupnya semasa kursus ini berlangsung.

Telah banyak input yang telah dikongsikan oleh Encik Muhammad Rafieudin Bin Zainal Rasid mengenai pengurusan jenazah ini. Cara untuk mengendalikan dari mula-mula jenazah meninggal sehinggalah jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan.

Beliau juga telah kongsikan pengalaman beliau dalam menguruskan jenazah selama 15 tahun di hospital-hospital besar di KL dan Selangor. Kes yang beliau pernah kendalikan adalah Bot karam, mangsa nahas udara yang melibatkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis, kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, 6 anggota bomba yang mati lemas ketika misi menyelamat dan mangsa bencana tsunami di Palu pada Oktober 2016.

Kursus ini sangat memberikan kesan yang mendalam kepada semua yang hadir. Telah banyak persoalan yang telah diutarakan oleh hadirin. Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya ilmu ini untuk kita praktikkan satu hari nanti kepada ahli keluarga kita nanti.

Di dalam akhir program tersebut, Encik Rafieudin telah kongsikan beberapa rakaman semasa beliau menjalankan tugasan beliau memandikan jenazah non-muslim.

Sebagai tanda penghargaan MVM kepada Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) yang telah bersama-sama menjalankan program ini, MVM telah menyerahkan Thank you frame kepada mereka atas kerjasama ini.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua.

Kami kongsikan gambar aktiviti sepanjang program ini berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.