Fantasains – Sains Bukan Lagi Subjek Yang Membosankan

Oleh Amirah Harun : 23 October 2019

Fantasains – Sains Bukan Lagi Subjek Yang Membosankan

Alhamdulillah selesai sesi FantaSains dengan anak – anak istimewa PPR Kerinchi di Masjid al Ikhlasiah Kerinchi pada sabtu 20 Oktober 2019 lepas.  Seramai 54 orang  peserta lingkungan 7- 13 tahun yang menyertai program ini. Tidak lupa juga, program ini telah dijayakan oleh 7 orang #VolunteerMVM  dan kelab sukarelawan 5, Universiti Malaya yang sangat komited.

FantaSains ini adalah satu initiatif bersama antara Yayasan Maghfirah dan AJAR bagi menyampaikan ilmu sains didasari elemen tauhidik dengan pendidikan yang santai dan menyeronokkan khusus untuk anak-anak di PPR.  Buat makluman, ini adalah program pertama MVM dengan kerjasama  AJAR dan Yayasan Maghfirah.

Bermulanya sesi  Latihan Dalam Kumpulan

Program bemula pada 8.30 pagi iaitu sesi pendaftaran dan sarapan pagi. Selepas tamat sesi pendaftaran dan sarapan peserta dibahagikan dalam kumpulan.  Antara  latihan dalam kumpulan (LDK) yang peserta lakukan adalah kejar-kejar rantai makanan dan jurutera carrot.

Selepas tamat latihan dalam kumpulan, peserta menunaikan solat sunat Dhuha dan mempelajari ilmu fardhu ain. Barulah seimbang ilmu duniawi  dan ukhrawi. Betul tak?

Program diakhiri dengan majlis penyampaian sijil dan hadiah. Terdapat beberapa anugerah iaitu seperti kumpulan terbaik dan peserta terbaik. Antara hadiah yang peserta dapat  adalah buku, alat tulis.


Fantasains disambut positif

Alhamdulillah selesai sesi FantaSains siri yang kelima dengan anak – anak istimewa PPR Kerinchi, ini mungkin siri terakhir di sini.  Walaupun ia sudah pun siri yang kelima di Masjid Ikhlasiah Kerinchi, akan tetapi sambutannya masih memberangsangkan. Ini menunjukkan anak-anak di era moden ini masih lagi berminat dengan program-program ilmiah sebegini. Ilmu sains matematik antara mata pelajaran yang menyeronokkan, akan tetapi ia akan jadi lebih menarik jika kita mengajar/ belajar selari dengan kontemporari.  Anak muda masa depan negara, siapa lagi yang ingin anak-anak ini jika bukan kita? Sesuai dengan slogo MVM, “Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan”,

 

Terima kasih kepada AJAR dan Yayasan Maghfirah atas peluang yang berharga ini. Terima kasih juga kepada #VolunteerMVM dan Kelab Sukarelawan 5 atas tenaga dan ilmu yang disumbangkan.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :