Iftar Ramadhan MVM Menceriakan Hati Anak-anak Pelarian Syria

Iftar Ramadhan MVM Menceriakan Hati Anak-anak Pelarian Syria.

Syukur ke hadrat Illahi, Muslim Volunteer Malaysia telah berjaya menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak pelarian Syria pada 2 Jun 2017 yang lalu. Anak-anak Pelarian Syria ini adalah pelajar Pusat Pendidikan Alternatif Jasmine Ash Sham yang ditubuhkan oleh satu badan NGO iaitu Malaysia Lifeline of Syria.

Seramai hampir 50 orang anak-anak pelarian Syria telah diraikan pada hari tersebut. Sebelum majlis berbuka puasa berlangsung, MVM telah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti mewarna, membuat kek, dan membuat pizza bersama anak-anak syurga ini. Jelas kelihatan keseronokan mereka dan bersungguh-sungguh menjayakan aktiviti tersebut. Lebih menggembirakan lagi apabila hadiah turut disediakan bagi mereka yang paling kreatif. Aktiviti ini bermula tepat jam 3 petang sehingga jam 5 petang.

Tepat jam 5 petang selepas aktiviti bersama anak syria berakhir, majlis berbuka puasa dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden Malaysia Lifeline For Syria dan juga Presiden MVM. Majlis diteruskan dengan upacara menyampaikan sumbangan ikhlas daripada MVM dan juga badan NGO Tangisan Syria di Bumi Jordan. Selepas itu, terdapat persembahan istimewa daripada anak-anak Syria iaitu berpidato dalam Bahasa Melayu dan bercerita dalam Bahasa Arab.

Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, kami dihidangkan dengan pelbagai juadah berbuka puasa iaitu kurma, kuih muih, kebab, pizza dan kek yang dibuat oleh anak-anak Syria ini. Selepas itu, semua hadirin mendirikan solat Maghrib berjemaah dan setelah selesai solat, barulah kami dihidangkan juadah utama iaitu nasi arab.

Majlis berbuka puasa ini diserikan lagi dengan kehadiran Ikon MVM iaitu Heliza Helmi dan juga artis jemputan iaitu Aizat Amdan. Mereka masing-masing mendendangkan sebuah lagu bagi menghiburkan para hadirin. Majlis berakhir dengan sesi photografi untuk kenangan bersama.

Terima kasih kepada anda yang telah memberi sumbangan ikhlas dan juga para sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Majlis Iftar MVM bersama Anak-anak Pelarian Syria pada tahun ini.

In sha Allah, kami berharap majlis iftar sebegini dapat dianjurkan lagi pada tahun akan datang dengan lebih baik.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.