Jejak Mahabbah 3.0 – Demimu Anakku, Ibu Korbankan Segalanya..

 ” Demimu Anakku, Ibu Korbankan Segalanya.. “

Tajuk headline ini amat tepat untuk kami gambarkan nasib yang menimpa Puan Yuliana Sufri, penerima bantuan “Pure Heart MVM” 2017. Pada hari program Pure Heart edisi Ramadhan yang lepas, Puan Yuliana dengan hati yang tenang berkongsi cabaran hidup yang beliau kini beliau hadapi. Walaupun riak wajahnya tenang tetapi kami dapat merasai keresahan hati beliau.

Puan Yuliana, 37 tahun seorang peniaga nasi lemak di tepi jalan berdekatan Main Place Mall, Puchong sejak setahun yang lalu. Beliau dibantu oleh suaminya dan mempunyai 6 orang anak. Perniagaan nasi lemak beliau cukuplah untuk menyara hidup mereka 8 orang sekeluarga setiap hari. Beliau juga dalam proses membuat persiapan untuk berniaga di bazar Ramadhan pada bulan puasa ini untuk kali yang pertama.

Malang Tidak Berbau..

Siapa sangka, dugaan besar telah menimpa keluarga Puan Yuliana dimana anak lelaki beliau telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ia menyebabkan anaknya patah tangan dan perlu menanggung kos rawatan yang tinggi. Demi menanggung rawatan anaknya, Puan Yuliana dan suami terpaksa menggunakan hampir kesemua wang simpanan perniagaan mereka.

Oleh sebab itu, harapan mereka untuk berniaga di bazar Ramadhan terbantut. Mereka telah mendapat tapak bazar tetapi tidak mampu untuk membayar permulaan sewa tapak. Memandangkan ini kali pertama Puan Yuliana hendak menyertai bazar Ramadhan, banyak peralatan perniagaan yang tidak mencukupi lagi. Atas keprihatinan ini, MVM telah melawat ke rumah Puan Yuliana untuk lebih mengenali latar belakang keluarga ini dan kami telah bersetuju untuk menjadikan keluarga ini sebagai penerima bantuan Program Jejak Mahabbh 3.0.

Jejak Mahabbah 3.0 – Keluarga Puan Yuliana

Program Jejak Mahabbah 3.0 ini adalah sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan keluarga penerima bantuan di samping meringankan bebanan kos hidup mereka. Perbezaan program ini adalah, hanya sebuah keluarga dipilih pada setiap bulan dan bantuan hanya difokuskan kepada aspek perniagaan, pendidikan anak-anak serta keperluan asas keluarga terpilih. Alhamdulillah, keluarga Puan Yuliana telah terpilih untuk menerima bantuan menerusi program ini untuk edisi bulan Mei.

Kempen bantuan untuk Keluarga Puan Yuliana telah dibuka di laman media sosial MVM dan syukur, ia telah mendapat perhatian “followers” MVM.

Penghantaran Barangan Bantuan.

Pada 25 Mei 2017, team MVM telah pun berkunjung ke rumah Puan Yuliana untuk menghantar barangan bantuan yang beliau perlukan. Antaranya adalah peralatan perniagaan seperti khemah, meja, kerusi, peralatan memasak, dan barangan dapur.

Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar sekali. Semoga dengan bantuan ini, ia memudahkan Puan Yuliana dan keluarga untuk berniaga dan mencari rezeki yang halal.

Terima kasih kepada insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit didalam menjayakan program Jejak Mahabbah 2.0 ini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program Jejak Mahabbah MVM 3.0:

*untuk melihat gambar, anda boleh tekan next/prev dibawah.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.