Keberangkatan 4 Sukarelawan MVM Bagi Misi Bantuan Ramadhan: Syria, Kami Datang 3.0

Keberangkatan 4 Sukarelawan MVM Bagi Misi Bantuan Ramadhan: Syria, Kami Datang 3.0

Kuala Lumpur International Airport 1 | 12.00 PM – 4 Sukarelawan MVM telah berangkat ke Istanbul malam tadi dan akan meneruskan perjalanan ke Gaziantep, Turki bagi membawa harapan dan dana sumbangan rakyat Malaysia untuk pelarian Syria yang sedang berhadapan dengan pergolakan yang masih berlaku di bulan Ramadan. Sekali lagi, Muslim Volunteer Malaysia telah bekerjasama dengan badan NGO, Global Peace Mission, (GPM) Malaysia untuk menghantar bantuan kepada mangsa di sana.

Insha Allah, Tim dijangka tiba pada 12 tengahari 24/5/2019 bersamaan pukul 7.00 pagi waktu tempatan di sana di Istanbul Ataturk Airport serta mereka akan menunggu untuk penerbangan seterusnya ke Gaziantep. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka seperti mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Seterusnya, mereka akan ke pejabat urusan rakan NGO Turki iaitu Bonyan bagi taklimat dan perbincangan lebih lanjut mengenai misi Bantuan Ramadan:Syria, Kami Datang 3.0 ini.

Sejak kempen ini dibuka pada 10 Mei 2019, MVM telah berjaya mengumpul dana sumbangan sebanyak RM 193,386.28 bagi menghantar bantuan Pek Makanan dan Beg Keceriaan Kanak-kanak (Alat permainan Kanak-kanak & Pakaian Kanak-kanak). Namun kami masih memerlukan RM306,613.72 lagi bagi mencapai sasaran utama iaitu sebanyak RM500,000.

Tambahan pula, pada tahun ini MVM meneruskan lagi usaha kemanusiaan untuk menghantar bantuan Ramadhan kepada pelarian-pelarian Syria di sempadan Syria-Turki dengan kerjasama sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM).

Berbeza kali ini, Tim MVM bukan sahaja memberi bantuan iftar dan sahur dibulan Ramadhan tetapi MVM juga akan turut meraikan kanak-kanak Syria untuk lebih ceria menjelang Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Ia adalah salah satu inisiatif “Trauma Healing” atau psikososial dalam membantu memulihkan emosi anak-anak Syria yang trauma akibat peperangan dan kehilangan ahli keluarga

Mari semua, kami masih membuka peluang kepada anda untuk turut sama membantu mangsa pelarian Syria di sana. Sesungguhnya mereka amat-amat memerlukan bantuan kita di saat ini. Kami menyediakan 2 pilihan platform untuk memudahkan anda menghulurkan sumbangan.

1) Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

?? Maybank (56480 164 7699)

?? CIMB Islamik (8602 5378 07)

?? Bank Islam (1230 0010 0030 65)

?? Affin Bank (1060 2003 8503)

?? Email: account@mvm.org.my

2) Sumbangan secara online di Website Donation MVM: https://donationmvm.org/donations/misi-bantuan-ramadhan-syria-kami-datang-3-0/

MVM mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan yang turut mendoakan bagi misi ini, semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika tanpa doa dari rakyat Malaysia.

Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.