Kem Ramadhan Yeo’s Bersama MVM

Kem Ramadhan Yeos bersama MVM

Program Ramadhan MVM 2016 

KEM RAMADHAN YEOS 2016 bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan dan memandang berat kepada golongan yang memerlukan selain membina satu ikatan yang kuat antara rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Didalam kem Ramadhan Yeos kali ini, MVM bekerjasama bersama Yeos untuk mencerikan hati warga rumah kebajikan terpilih didalam bulan yang penuh barakah ini.

Slogan Kem Ramadhan Yeo’s 2016 kali ini ialah:

Serasi Berpuasa – Berpuasa bersama tidak kira agama, bangsa atau latarbelakang.
Sehati Beramal – Bersama dalam membuat kebaikan dengan bersandarkan kekuatan kerjasama sesama manusia.
Seiring Bintang – Bintang menjadi contoh dalam membuat sesuatu perkara yang baik dan menjadi ikutan.

Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada semua agar menyemai sifat-sifat mulia seperti sabar, disiplin, hormat-menghormati, dan mencabar kemampuan diri.
Mempamerkan kasih saying dan mengeratkan kemesraan dalam komuniti kita.

MAKLUMAT PROGRAM

Nama  Program : Kem Ramadhan Yeo’s bersama MVM2016
Tarikh : 25 Jun 2016
Hari : Sabtu
Masa : 0800 pagi – 0830 malam
Tempat : 6 buah Rumah Kebajikaan area Lembah Klang

TENTATIF PROGRAM

MASA

PERKARA

8.00AM : PENDAFTARAN BERMULA
9.30AM : KUMPUL BERSAMA, CERIA SENTIASA
9.35AM : MAJLIS BERMULA – BACAAN DOA
9.40AM : SESI PERKONGSIAN BERSAMA JAKIM
9.55AM : PEMBUKAAN MAJLIS
10.00AM : MAJLIS PERASMIAN BERSAMA BINTANG
10.20AM : KEM RAMDAN BRIEFING
10.30AM : MARI BERKENALAN & BERKAWAN – ICE BREAKING
11.00AM : ZUMBA
11.30AM : SESI BERGAMBAR
11.45AM : KE RUMAH KEBAJIKAN
4.30PM : BERSOLAT DAN BEREHAT
5.30PM : CABUTAN BERTUAH
5.40PM : TALENT SHOW TIME
6.30PM : SESI PERKONGSIAN BERSAMA
7.00PM : INSTAGRAM PHOTO CONTEST & ANUGERAH KHAS
7.20PM : PERSEDIAN BERBUKA
7.30PM : BERBUKA BERSAMA
8.30PM : BERSURAI

*Tertakluk kepada perubahan

PENGLIBATAN VOLUNTEER MVM

Terdapat 6 buah rumah kebajikan yang akan dikunjungi secara serentak sepanjang program berlangsung.

  • Volunteer akan ditugaskan ke 6 rumah kebajikan terpilih di sekitar Lembah Klang.
  • Seramai 50 volunteer MVM akan dipecahkan dan bergerak terus ke rumah kebajikan tersebut.
  • Lokasi rumah kebajikan akan dipilih secara rawak oleh pihak Yeos.
  • MVM tidak menyediakan pengangkutan.

Setiap penyertaan adalah bernilai RM15 tetapi kami ada berita baik untuk anda! –

Sebagai menghargai Volunteer MVM;
MVM akan menaja RM5 untuk setiap penyertaan maka Volunteer yang ingin menyertai kem ini hanya membuat pembayaran  sebanyak RM10  dan sukarelawan akan menerima bungkusan minuman Yeos bernilai RM10.

DAFTAR SEBAGAI VOLUNTEER RAMADHAN YEOS BERSAMA MVM SEKARANG !

  1. Volunteer hendaklah mendaftar sebagai Volunteer MVM di www.mvm.org.my
  2. Mengisi borang pendaftaran di bawah.
  3. Sahkan pendaftaran dengan membuat pembayaran sebanyak RM10 dan hantarkan resit pembayaran serta nama penuh anda ke
      tabungramadhan.mvm@gmail.com atau hubungi saudara Yazid (013-3556211) sebelum 10 Jun 2016.
  4. Hanya 50 Volunteer yang membuat pembayaran terawal akan disenaraikan sebagai Volunteer Ramadhan Yeos MVM 2016.
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)

#RamadhanBersamaMVM

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.