Laporan MVM Volunteering Program di Zoo Negara

Laporan MVM Volunteering Program di Zoo Negara.

Program : MVM Volunteering Program
Tarikh : 29 Oktober 2016
Tempat : Zoo Negara
Penaja T-shirt : Wildan Susu Kambing 

Alhamdulillah, satu lagi aktiviti yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia iaitu MVM Volunteering Program di Zoo Negara telah berjaya dilaksanakan pada 29 Oktober 2016 lepas.

Program ini adalah bertujuan untuk bertujuan untuk melatih dan mendidik sukarelawan mengenai konsep kesukarelawanan melalui aktiviti kemasyarakatan.

Selain itu, program ini juga bagi meraikan wira tidak didendang di Zoo Negara iaitu penjaga zoo selain menyebarkan pengetahuan mengenai tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dengan betul dan di samping dapat belajar untuk menghargai kepentingan memelihara kehidupan liar yang kian terancam.

Pada hari tersebut, para sukarelawan telah berkumpul di Pintu 3 Zoo Negara seawal jam 7.00 pagi. Taklimat ringkas telah diberikan oleh wakil MVM serta sesi suai kenal bersama para peserta diadakan. Kami juga amat bertuah kerana telah mendapat tajaan T-shirt program oleh Wildan Susu Kambing.

MVM Zoo Negara

Dalam program ini, sukerelawan telah dibahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menjalankan aktiviti pembersihan di kandang haiwan berbeza yang telah ditetapkan oleh pihak Zoo Negara. Antara kawasan tersebut adalah Reptilia, Ikan, Badak, Penguin, Harimau, Landak, Lembu, Burung, dan Pengurusan.

MVM Zoo Negara

Seterusnya, para sukarelawan bergerak ke kawasan masing-masing pada jam 8.30 pagi dan berehat pada jam 10.30 pagi. Tepat jam 12.30 tengahari, aktiviti pembersihan tamat. Selepas itu, semua sukarelawan telah berkumpul di Giant Panda Conservation Centre untuk sesi fotografi dan penutup.

MVM Zoo Negara

Terima kasih kepada penaja dan para sukarelawan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan MVM Volunteering Program pada kali ini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang “MVM Volunteering Program Zoo Negara” :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.