3 Petugas MVM Berangkat Ke Long Busang Demi Mangsa Banjir

3 Petugas MVM Berangkat Ke Long Busang Demi Mangsa Banjir

Kuala Lumpur International Airport 1 | 5 A.M – 3 Petigas MVM telah berangkat ke Sibu pagi tadi dan akan meneruskan perjalanan ke Kapit dan terus ke perkampungan Long Busang. Misi ini adalah untuk memberi bantuan dana sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa-mangsa banjir di Long Busang, Sarawak. Petugas MVM bersama sukarelawan THV dan Yadim akan menghantar sendiri bantuan barangan asas makanan (Pek Rezeki) kepada mangsa banjir pada 5-9 Julai 2019.

Untuk makluman semua, Banjir yang berlaku ini telah memusnahkan harta benda sekolah dan barang milik penduduk. Bangunan SK Long Busang turut ditenggelami air hampir mencecah ke paras bumbung. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka seperti mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Seterusnya, mereka akan ke Pejabat Agama Islam Bahagian Kapit, bagi kunjungan rasmi dan taklimat serta perbincangan lebih lanjut mengenai misi Bantuan Kecemasan Long Busang Kamek Datang! Ini.

Sejak kempen ini dibuka pada 1 Julai 2019, MVM telah berjaya mengumpul dana sumbangan sebanyak RM 15,000.50 bagi bantuan barangan asas makanan (Pek Rezeki). Sasaran yang kami sasarkan adalah RM 10,000 dan ianya telah berjaya mencapai sasaran bahkan telah melebihi sasaran yang diinginkan.

Di samping itu, Tim MVM bukan sahaja memberi bantuan barangan asas makanan tetapi MVM juga akan turut merewang bersama penduduk kampung serta berkongsi keceriaan bersama kanak-kanak di kawasan perkampungan disana. Mereka juga akan mengadakan lawatan ke kawasan sekolah, masjid dan klinik yang terjejas akibat banjir yang telah berlaku di sana.

Sekali lagi kami ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas dalam menjayakan misi kali ini. Harapan kami di MVM adalah bantuan ini tidak terhenti disini sahaja. In sha Allah, lebih banyak perancangan bantuan yang ada pada masa akan datang bagi membantu mereka yang memerlukan.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.